Thursday, February 9, 2012

SELAGI AJAL BELUM TIBA

.
7.44 pagi 8hb.Feb.2012


7.45 am. 8hb.Feb.2012
Semua mahluk pasti mati, kecuali zat robnya yang maha agung. TIADA  yang awal selainnya dan TIADA yang akhir kecualinya. Awalann wal akhiruu, semua yang hidup pasti berakhir dengan kematian, yang bernyawa pasti ada penghujungnya kecualimu Ya Robbi. di pagi yang hening ini izinkan saya berkongsi dengan anda erti kehidupan, yang mana pasti akan berakhir dengan kematian.

Oleh itu apa yang kita cari dalam hidup ini, kerana pasti kematian jua akhirnya. Oleh itu Allah menurunkan pada Nabi dan Rasulnya sebagai suruhan yang abadi, memberi peringatan yang hakiki, haqqul yakiin...dalam jiwa kita agar befikir dengan akal yang sempurna.

 Umur yang sedikit ini harus di sempurnakan dengan sesempurna kejadian yang diizinkan. apabila Allah mengkehendaki sesuatu kita harus yakin dengan sesuatu kejadian itu ada sebab musabab dan juga hikmahnya yang kita tidak ketahui dengan pasti, kemungkinan ada kebaikan untuk kita dibelakang hari.

 Kejadian siang dan malam, kejadian cuaca yang berbagai dan kejadian tumbuhan yang melata di bumi semuanya ada keperluan yang boleh di fikirkan kemanafaatannya. Oleh itu kita selalu mengharapkan hidayah dan panduan yang baik dari Allah untuk mengharungi saki baki umur yang ada.

Pada satu hari perbincangan semasa minum pagi di pejabat, dimana sahabat pernah berkata, tidak diuji diri mu dengan ujian kesabaran dan kamu redho dengan ketetapan Allah itu dengan ucapan Innalillahiwainnahilaihiroziiun, Subnahallah (maha suci Allah) dalam masa 40 hari maka itu adalah tanda kasih sayang Allah kepada keimanan kamu dengan kesabaran.

Saya berfikir adakah saya juga mampu mempraktikan kata-kata diatas di ketika itu. Tetapi apa yang diperhatikan kini dimana apabila Allah menurunkan satu bencana dalam diri kita dimana apakah kita tidak sanggup dan menyalahkan kejadian dengan mengatakan yang Allah tidak menyayangyi kita, kita asyik menyalahkan kejadian. Setiap yang berlaku sudah tertulis dari awal lagi.

Pada 15 Rabbiulawal 1433H bersaman 8hb.Februari 2012 jam 12.30 malam terdengar satu dentuman yang amat kuat dibelakang dinding tempat saya berehat di rungan tamu rumah yang dibina feb 2002. Keterangan lampu gelap tiba-tiba, lalu saya dan isteri mencari kunci rumah dalam suasana kegelapan untuk melihat kejadian seolah-olah gempa bumi. Lebih kurang 5 minit teraba-raba dalam kegelapan akhirnya anak saya dapat membuka pintu rumah untuk keluar dan melihat kejadian yang telah di tentukan.

Rupa-rupanya sebatang pokok kelapa yang berumur lebih 80 tahun telah tumbang dimana pucuknya memusnahkan sedikit bumbung rumah saya. Pada ketika itu tiada ribut atau angin yang kencang. Isteri saya terus berkata dengan nada yang tidak imbang, "Habislah rumah kita bang, habislah rumah kita bang, Alhamdulilah saya dapat menyabarkannya dengan ucapan subhanallah, segala kejadian hanya kehendak Allah, kita harus menerimanya dengan sabar dan hati yang lapang. Semoga Allah dapat memahamkan kami akan sesuatu itu ada hikmahnya.

ALLAH MEMILIKI KEJADIAN, MELAKSANAKAN SESUATU SEBAB TIDAK MEMERLUKAN SEBAB UNTUK LAKSANAKAN SEBAB MUSABAB. Tetapi makluk merancanag perlaksanaan dengan bersebab. Oleh itu akal yang ada sudah tentu tidak dapat memikirkan sesuatu kejadian tanpa sebab. Maka kita mahluk perlu membimbing fikiran dengan panduan kesempurnaan iman yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul agar kita tidak menyalahi sebab musabab dalam kehidupan kita. Sabar dan Redho itu adalah satu resepi yang boleh dijadikan pandu arah kearah pengakhiran hidup ini agar sukses. Semua kejadian telah ditentukan kepada kita setiap mahluk dari azali lagi, hanya fikiran yang waras yang dibimbing dengan keimanan sahaja insyallah dapat menaganni setiap sesuatu dengan fikir yang hakiki.

Semoga dengan kejadian ini diberikan oleh Allah ke kepada saya dan keluaga dalam naungan kesabaran, walupun ujian kemusnahan hartabenda, tidak memutuskan harapan untuk terus hidup berjuang kearah mendapat keredaan ilahi. Tidak beriman sesuatu kaum itu sekiranya mereka tidak diuji dengan kehilangan dan kemusnahan harta benda, kesabaran. Kita harusnya bersyukur kerana kita masih diberi peluang benafas dengan percuma, kesihatan yang bertambah baik, dan rezeki yang lapang, apa salahnya kita diuji sekali sekala untuk menandakan bahawa kita redho dengan ketentuannya. Selawat dan salam diatas junjungan kita yang di uji dengan ujian yang lagi hebat untuk terus mengajar kita tentang kehidupan dan memperingatkan kita kemana akhirnya riwayah kita, semoga dengan paparan kejadian ini dapat kita sama-sama mengambil iktibar bahawa Allah berkuasa dengan sifat kehendaknya. waallahuaklam.
Jam 2.49 pagi 8hb.feb.2011
02.50 pagi 8hb.Feb.2011
7.43 pagi 8hb.Februari.2012    

No comments:

Post a Comment