Thursday, April 14, 2011

MEDAN ELEKTRO MAGNETIK (MEM) & USG

OTAK

Otak berperanan untuk mengawal naluri dan emosi manusia. Ia mempunyai hubungan dengan kelenjar Pituitari yang mengatur kalenjar-kalenjar horman dalam tubuh. Horman mempunyai hubungan dengan rangkaian saraf. Terdapat gangguan horman dan saraf apabila sesaorang menghadapi masalah tidur. Tidur yang tidak berkualiti (poor quality sleep) akan menganggu kestabilan sistem horman.

SISTEM SARAF

Gangguan sistem saraf dan sistem imuniti yang kita namakan “Gangguan Medan Eletromagnet” Medan ini lebih jelas berperanan untuk membetulkan neutrotransmiter (penghantar signal-saraf dan prekursor horman (Precursor hormone).

HORMON KORTISOL.

Medan elektromagnet yang terganggu menyebabkan bertambahnya hormon kartisol dimana horman ini menyebabkan berlakunya penuaan, lemahnya sistem imuniti, menurunnya hormon testosteron, anti pertumbuhan dan kekurangan insulin.

KEADAAN TUBUH

Aliran darah ditentukan daripada kerja hormon dan diaktifkan melalui penyelarasan MEM.

MASALAH PENCERNAAN DAN PENYERAPAN

Jika tidak dibetulkan MEM berlaku satu keadaan dalam tubuh di mana kimia tubuh akan mengikat nutrien herba daripada diserap (blocking) dan herba tidak berfungsi.

MASALAH JANTUNG DAN PEMBULUH DARAH AKAN TERHALANG MENGALIR KE OTOT.

Ketika kita tidur darah akan mengalir deras ke otot bagi proses pembaikan jaringan yang rosak.

LEMAHNYA SISTEM IMUNITI.

Satu contoh yang nyata apabila seorang itu sakit, ia akan terasa mengantuk, dimana rasa ingin tidur. Ini akan meningkatkan sistem imuniti tubuh.

BERLAKU KERUSAKAN JARINGAN OTOT.

Anda akan sering bertemu dengan orang yang tidak dapat tidur yang berkualiti mempunyai sakit otot, sendi tangan, kaki, pinggang dll.
PENYAKIT AUTOIMUN (autoimmune diseases).

Penyakit autoimun seperti kanser, SLE, arthritis dll. Sebahagian besarnya berpunca daripada masalah gangguan MEM.

GANGGUAN PEMBESARAN PADA ANAK YANG SEDANG MEMBESAR.

Rendahnya pengeluaran hormon pertumbuhan (HGH)

TUA DAN PENUAAN (AGEING)

Kita akan melihat beberapa kelemahan yang terjadi setelah sesaorang itu menjadi tua. Kelemahannya adalah seperti berikut:-
Ø Lemah penglihatan.
Ø Lemah Pendengaran.
Ø Lemah Daya ingatan.
Ø Lemah tenaga.
Ø Lemah Tenaga sexual.
Ø Lemah Daya Tahan Tubuh dan berbagai jenis penyakit.


PETUNJUK PADA LIDAH.

Tanda pada lidah jelas menunjukkan merah (api) dan kering atau warna pucat.

KAEDAH PENGUBATAN JAWI.

Tumpuan pengubatan hanyalah untuk membetulkan medan electromagnet akibat daripada gangguan di otak. Tanda keseimbangan itu telah diperolehi ialah bila sesaorang itu mendapat “deep sleeping”. Salah satu tanda ialah sesaorang itu tidak mengambil masa yang lama untuk tidur dan bangun dalam keadaan yang segar. Bila tidurnya tidak mencukupi sesaorang itu memerlukan tidur tambahan (extra sleep). Bangun dari tidur dan rasa ingin tidur kembali. Ataupun rasa lemah dan mudah tidur dalam semua keadaan.

SHIF BEKERJA MALAM.

Ø Sakit kaki, sendi atau sakit pinggang, perlu ditanyakan ialah adakah dia dapat tidur yang berkualiti pada malam hari? Kesakitan di sendi-sendi, Apa lagi jika ia menghadapi masalah tidur berbulan-bulan. Ini akan melemahkan sistem imuni tubuh.

Ø Pekerja ikut shif sering terganggu kesehatanya akibat dari ketidakseimbangan MEM. Mereka akan mengalami lenguh-lenguh sendi bagi orang lelaki tetapi bagi perempuan sering berlaku ketumbuhan.

KENCING MALAM.

Ø Tahukah anda kenapa anak kecil sering terkencing semasa tidur. Ini adalah kerana gangguan Mem di otak yang menganggu horman kawalan kencing.Ø Berikan 2 M iaitu malac dan madu. Insyaallah masalah ini dapat disembuhkan. MEM amat mempengaruhi kerja ginjal.Ø Dalam keadaan ada tekanan (stress) seorang itu akan merasa ingin sering kencing, sembelit atau menciret.

GASTRIK.

Ø Apabila anda ingat untuk makan, maka perut anda akan arahkan untuk membuat persiapan seperti mengeluarkan asid hidroklorik.Ø Jika makan tidak masuk (ingest), maka asid perut ini akan menyebabkan berlakunya iritasi pada perut yang kita kenali sebagai gastrik.Ø inilah menunjukkan betapa pentingnya membetulkan MEM.

MASALAH WAJAH DAN AIR SUSU.

Ø Perubahan pada wajah menandakan berlakunya masalah MEM.Berlaku ketidakharmonian pada wajah dapat kelihatan dari masalah tompok hitam (pigmen), jerawat, mengeluarnya cairan seperti ujudnya dahak dll. Ø Kuantiti air susu banyak atau sedikit ditentukan darpada tidur yang  berkualiti atau tidak.

BAGAIMANA MEMBETULKAN MEM.

DUA KESEMBUHAN AR-RASUL.

AL-QURAN.

Pandangan pengubatan JAWI bahawa terjadinya ketidakseimbangan MEM adalah daripada masalah spriritual (50%), mental (20%), emosi (20%) yang lebih dikenali sebagai AKHLAQ.

MADU.

Membetulkan doktrin pengubatan herba jika timbul di otak maka bahagian tumbuhan yang digunakan ialah: bunga,biji atau buah. Ibnu sina mengobati orang susah tidur menggunakan madu dan air panas. Rasullulah saw besabda “Pengobatan itu ada 3 iaitu madu,berbekam dan al-kay (Membakar dengan api), dan aku tidak suka al-kay.

SUJUD DAN PUASA.

Ø    Perpanjangkan Sujud. Dalam keadaan MEM yang tidak teratur perubahan, akan membantu memulihkan kesehatan. Dalam keadaan sujud darah mengalir ke kepala membawa oksigen ke otak.Ø Sujud Malam dalam keadaan semua anggota istirehat sangat membantu MEM.Ø Puasa akan memaksa otak melakukan pengimbangan MEM. Dengan berpuasa otak akan banyak mengeluarkan Omega 3.

BAHAGIAN TUMBUHAN YANG AKAN DIGUNAKAN.

Doktrin herba menyatakan bahagian tumbuhan yang digunakan di bahagian kepala ialah yang terdiri dari bunga dan biji.

BUNGA.

Mandi bunga sudah jarang digunakan lagi dalam masyarakat hari ini. Kebiasaanya mandi bunga mempunyai maksud yang berbaur unsur kepercayaan yang boleh mengikis akidah sesaorang seperti mempercepatkan jodoh dll.

Apa yang terjadi mandi bunga sebenarnya memberikan keseimbangan semula kepada MEM dikepala dan hasil daripada itu menyebabkan wajah menjadi ceria dan berseri-seri.

AROMATERAPI.

Ø Minyak bunga (aromaterapi), kaedah urutan menggunkan minyak aroma saperti jasmine, melati, cendana dll.Ø Bunga dalam bentuk obatan makan. Dalam pengobatan JAWI bunga juga digunakan sebagai ubat makan seperti bunga semaru (kedekai) untuk darah tinggi, bunga teratai untuk jantung, bunga mawar untuk tekanan (Stress). dll.

BIJI.

Ø Banyak herba yang diproses daripada biji khususnya membetulkan MEM. Kebanyakn jenis bijan mengandungi minyak.  Paling banyak digunakan ialah daripada bijian Habbatus-sauda yang dapat memberikan kembali pengimbangan tubuh. Biji pegaga amat baik untuk luka setelah bersalin.

BUAH.

Ø Buah juga digunakan dengan berkesan untuk membetulkan MEM ini seperti buah mengkudu, roselle, pepaya, kurma, buah tin (figs), kismis dll.

IKAN DAN GARAM.

Ø Menggunakan beberapa jenis ikan dan garam.
Jenis-jenis ikan seperti:- Ikan tenggiri biru, ikan sarden, ikan salmon, ikan kod dll. (Omega 3 sumber ikan laut yang juga memberi terapi dibahagian otak).

JENIS-JENIS GARAM.


Perlu difahami bahawa, penggunaan garam saja tidak memadai tanpa penggunaan herba.

HERBA PLUS GARAM.

Perawatan garam biasa. Air rendaman garam, Air garam dicampur dengan batawali (hempedu bumi atau Andrographis panikulata atau samiloto). Campurkan garam bukit (Satu sudu teh) atau garam biasa (4 sudu teh) dengan air panas dan ditambah dengan hempedu bumi. Dijadikan air rendaman seluruh badan kecuali kepala atau dilakukan dengan rendaman kami.
Garam bukit untuk rendaman kaki, tuaman dan untuk masakan
 SUSU.

Susu  ibu adalah yang terbaik bagi menjaga keseimbangan MEM. Kalau tidak mendapat susu ibu, gunakan susu lembu. Susu kaldai atau susu kambing jika tidak mempunyai masalah ginjal dan laktos intoleran. Meminum segelas susu sebelum tidur, anda akan mendapat tidur yang berkualiti pada malam itu. (masalah tubuh tidak biasa menerima laktosa).

HERBA UNTUK MEM.

MENGKUDU-Mengunakan buah mengkudu yang telah masak 80%. sudah banyak penelitian kepada buah mengkudu menunjukan ia mengandungi zat nutrisi yang banyak Terpenoid, zat anti bakteria, scolopetin, zat anti kanser, xeronine dan Proxeronin dan vitamin c. Ia bertindak terus kepada MEM. (sukar tidur malam, terutama bagi mereka yang perlu dressing (pembersihan luka)
 

 


Ø ROSSELLE- Menggunakan buah asam paya (Habiscus sabdariffa) dan sangat kaya dengan vitamin c dan baik sebagai antioksidan serta terus membetulkan MEM. Membantu untuk stabilan panas badan, proses penyerapan cecair badan, dicadangkan untuk diambil sebagai makanan tambahan.

Ø Deep Cleensing.Gabungan daripada buah, biji dan garam memberi kesan yang sangat kuat bagi membetulkan MEM

Ø EVERGREEN- Menggunakan biji pegaga yang bertindak langsung ke otak.

Ø Habbatusauda’ – Biji jintan hitam telah digunakan 1400 tahun dahulu dan terbukti efektif bagi memberikan respon balas di kawasan otak.

Ø Plantisol – Herba HPA yang ada hubungan mengembalikan kestabilan horman,adalah setiap herba yan baik untuk kencing manis saperti plantisol, baik juga untuk kanser seperti kanser payu dara. kenapa ini boleh? kerana plantisol membantu melakukan kestabilan MEM yang bertujuan pada sistem Hormone.
Herbalis mengelar Insulin Herba. Pengalaman mereka diebetes bacaan gula dalam darah 10 milimol keatas 5 biji 3 x sehari setengah jam sebelum makan. (Terutama bagi mereka yang mengalami pembedahan pembusukan seperti Calbuncle atau Gangreen. Disarankan mereka yang gangren rawat nya dengan terapi lintah, jangan sampai dipotong.  


Calbuncle (Pembusukan) akibat daripada diebetes baik dengan mengambil herba dan imbangkan MEM, Testimoni herba IMT dibuka 3 biji dan plantisol 7 biji dibuka digoncang dalam air mineral tasbih 300x minum 30 minit sebelum makan. Habbatus sofgel sebagai anti virus,bakteria. pantang seumur hidup santan dan umpamanya rendang, pulut, bubur, cendol dan sewaktu dengannya. gula putih ganti gula perang, beras putih ganti dengan beras perang, dah baik boleh ambil sedikit tapi santan tak boleh. Testimoni pesakit calbuncle. Hanya Allah yang memeliki zat penyembuh, herba sebagai iktiar.

Jika berlaku pembusukan jangan tinggal minum air gamat. Testimoni calbuncle yang pulih tanpa guna ubat kimia. Insyaallah segalanya dari Allah dan kecil bagi Allah menyembuhkan sakit yang besar bagi makluk yang kerdil seperti kita. amin... 



Ø Ubat Hormon – Malac, Vitex, Imt, Kopi Radix, Teh herba, Radix, Morinda, Teh asiatica dll. Herba utama yang digunakan dalam produk diatas mengandungi berbagai bahan kimia terutama serotonin yang ada hubungan dengan sistem horman.
Malac, plantisol, organik mengkudu, madu, IMT (hempedu bumi ganti paracetamol dan Rossele




GAMBAR TULANG BELAKANG

Gambaran kelemahan tubuh dapat menentukan masalah pada cakra piring tulang belakang.

Ø Masalah kecederaan ditulang belakang – Kecederaan di tulang belakang bermaksud berlaku sesuatu peubahan pada ruas tulang akibat dari sesuatu sebab seperti berikut:-

Ø kecelakaan. – Bermacam keadaan yang boleh berlaku seperti kesakitan akibat tersepitnya saraf ditulang, terkeluar sedikit dan lain-lain lagi. Kebiasaannya akan mengakibatkan lumpuh separuh badan.

Ø MEDULA- Apabila terjadi kerusakan yang banyak dibahagian otak dan terkena pada bahagian medula. Kilang saraf maka menjalar kebahagian tulang belakang dan berlaku berbagai penyakit saperti hubungan ruas ulang tersebut.

Ø CONTOH PENERANGAN RUAS TULANG.

C1            anggota kepala, tengkorak, otak, tulang muka, kelenjar pituitari, bagian    dalam telinga.
C2            Saraf optikus dan auditorius,mata, kening, tulang mastoid, lidah.
C3            Saraf trigeminus, pipi, telinga bagian luar.
C4            hidung, bibir, mulut, tuba Eustachius (saluran antara telinga tengah dengan tenggorokan)
C5            pita suara,laring, faring, kelenjar leher.
C6            leher, otot bahu, tonsil
C7            Kelenjar tiroid, lengan.
C8            Lengan
D1           Esofugus
D2           Jantung
D3           Paru-paru, bronkhus, dada, payudara.
D4           Kandung Empedu
D5           Ulu hati (solar plexus), hati
D6           Perut besar
D7           Pankreas, duodenum (bahagian pertama usus)
D8           Limpa, diafragma
D9           Kelenjar Adrenal
D10         Ginjal
D11         Ginjal, ureter (saluran kencing dari ginjal ke kandung kemeh)
D12         Usus halus, Tuba Fallopi
L1            Usus besar, Kolon (bahagian akhir dari usus besar)
L2            Usus buntu (sembelit), perut,tungkai atas.
L3            Indung telur, rahim, testes, kandung kemeih.
L4            Kelenjar prostat, otot belakang bahagian bawah, saraf sciatika.
L5            Tungkai bawah, lutut, kaki, jari kaki
S              Kelenjar koksigeal, tulang paha, bokong
C              Alat kelamin, rektum, anus.

Osteoporosis

Kekurangan kalsium mengakibatkan lenturan tulang dan massa tulang (jisim) tidak kuat. Sekaligus menganggu hubungan saraf.

Gaya Tidur

Gaya tidur yang tidak betul, Tidur saperti bantal yang terlalu tinggi atau sambil menonton Tv menjadikan bentuk tulang berubah. Tempat tidur yang bermasalah yang menyebabkan tulang tidak setabil.

Saraf dan Horman.

Penyakit-penyakit yang timbul akibat dari masalah MEM ialah yang melibatkan saraf dan Hormon. Diantaranya, Sindrom Terowong Carpel, Tekanan Darah Tinggi, Jantung, Kencing Manis, Alergi, Rematik dan Arthritis, Stroke.

Pil Tidur

Pengambilan ubat hormone untuk mengatasi keadaan ini tidak akan dapat mengatasi masalah. Pengguna HRT, pil tidur dan lain-lain akan mengakibatkan terjadinya ketidakseimbangan yang lebih serius sampai kepada terjadi kanser dan lain-lain.

RESIKO AKIBAT PENGGUNAAN USG
Kelahiran Prematur
Pada tahun 1990 dimana 57 wanita mengalami risiko kelahiran prematur. 50% antaranya pemeriksaan USG setiap minggu sementara bakinya  menjalani pemeriksaan pelvik. 52% wanita kelompok pertama melahirkan bayi premature, 25 % melahirkan dalam keadaan normal.

Berat Lahir Rendah

The Lancet melaporkan kajian tahun 1993 pada manusia yang menunjukan berat lahir bayi rendah akibat paparan terhadap USG. Diantara lebih dari 1,400 wanita Australia Barat yang menjalani pemerikssan USG hanya sekali sewaktu hamil dengan ibu-ibu yang menjalani pemeriksaan USG sebanyak 5 kali dalam masa kehamilan 18-38 minggu. Kemudian dia dapati 16 kematian perinatal (kelahiran bayi selepas tempuh kehamilan 28 minggu) dikalangan bayi yang diperiksa dengan USG.

Keguguran

Pada tahun 1990 di Helsinki para ahli fisoterapi yang hamil dan mengoperasi USG sekurang-kurangnya 20 jam seminggu menghadapi resiko keguguran yang tinggi.

Kerusakan DNA

Kajian pada binatang perubaan Iriandia mendapati gelombang bunyi dapat merusak DNA dalam sel-sel, melambatkan proses pembahagian sel  dan pemulihannya, kerana imbasan pertama dilakukan sekitar 16 minggu kehamilan , ada kemungkinan sel-sel penting mengalami kerosakan atau musnah dengan sedikit harapan akan berganti sehingga terjadi kerusakan jaringan saraf dalam jangka panjang.

LEUKIMIA DAN KANSER

Satu artikel di dalam New york Times pada tahun 1983 memuat berita bahawa bayi sewaktu dalam rahim yang terpajan pada USG mengalami leukimia dan kanser lain dengan jumlah penderita lebih banyak.

LAMBAT BICARA
Kajian di Canada pada tahun 1993 pada catatan antenatal 72 orang kanak-kanak yang lambat bertutur dengan sebab yang tidak diketahui dengan pasti kanak-kanak ini dua kali lebih sering terpajan pada USG ketika masih berada dalam rahim.

TINGKAH LAKU PASIF.

Kajian pada haiwan percubaan tahun 1993 memperlihatkan bahawa terdapat perbedaan tingkah laku yang lambat pada anak monyet yang diimbas dengan USG. Monyet yang terpajan USG lebih Pasif, dan lebih banyak duduk dibahagian bawah kandang.
Pada kajian yang sejenis, monyet yang berulang kali pada USG jelas menunjukan masalah tingkahlaku, misalnya enggan bercampur dengan monyet lain. Itu pun mempunyai berat badan yang rendah dan otot yang lemah.

KESULITAN MEMBACA.

Kesulitan membaca dan belajaar bicara pada tahun 1984, pakar kebidanan Amerika mendapati kanak-kanak berusia 7-12 tahun yang terpajan pada USG didalam rahim lebih mudah mengalami keadaan disleksia dan dirawat di rumah sakit sewaktu mereka masih kecil.

KESEIMBANGAN

Dialah Allah yang telah memcipta tujuh langit berlapis-lapis, kamu sekali-kali tidak akan melihat pada ciptaan Allah yang maha sesuatu yang tidak seimbang”. (QS Mulk 3-4)

PUSTAKA.
·        - Nota kuliah Medan Elektro Magnetik(MEM) Tuan Hj. Ismail Bin Ahmad,      Malaysia.
·     Melindungi Diri dari Kesalahan Doktor, Dr Nurhasan, PiramediA, 2005. Testimoni pesakit Calbuncle 2009