AL-HIJAMAH (BERBEKAM)

ANJURAN BERBEKAM.

Aku tidak berjalan di depan sekumpulan malaikat pun malam ketika aku di Isro'kan, kecuali mereka berkata, "Wahai Muhamad, galakkan umatmu berbekam".  Sejarah pertama kaedah pembersihan darah ialah pelepasan darah yang diamalkan pada zaman Mesir purba  Penusuk dan cawan yang digunakan telah dijumpai dalam bilik rahsia. Cawan biasanya diperbuat daripada tanduk lembu dengan tebukan lubang diujung yang tirus melaluinya darah disedut keluar.

Kaedah bekam melalui arteri, vena, kulit dan perlintahan. "Sesungguhnya Allah telah menciptakan ubat untuk setiap penyakit, maka berubatlah kalian,tetapi jangan berubat dengan sesuatu yang diharamkan.

KUNCI KESIHATAN

1. Memelihara kesihatan dan mengamalkan makanan-makanan kesihatan.
2. Berusaha menghindarkan penularan penyakit dan mencegah segala hal yang membahayakan kesihatan.
3. Mengeluarkan unsur-unsur yang boleh merusakan yang ada didalam tubuh seperti toksid, muntah, wap     penyakit dan darah kotor.

KEPENTINGAN DAN KEBAIKAN BEKAM

Tubuh mempunyai 3 mekanisma pembuangan racun-racun yang berada di dalamnya, iaitu pembuangan air besar, air kecil dan perpeluhan melalui kulit (Riadah), maka jika mekanisma pembuangan dari salah satu bermasalah akan menyebabkan gangguan penumpukan racun pada daerah tertentu. Kulit merupakan tempat yanag paling luas untuk membuang racun bersama perpeluhan secara alamiah racun yang ada dalam tubuh akan terdorong naik kepermukaan kulit. 
 Jika racun di kulit teratas tidak dibuang dengan sempurna akan menyebabkan penumpukan racun pada tempat tersebut sehingga menyebabkan aliran energi, darah, kelenjar getah bening dan saraf, kesumbatan tersebut akan mengakibatkan gangguan pada tempat-tempat yang akan dilalui jalur (Meridian) tersebut.

LANGKAH-LANGKAH SEBELUM BEKAM DIMULAKAN.

TEKANAN DARAH 




SIFAT DARAH MELALUI BEKAM

1. Darah mengalami oksidasi tanpa udara.
2. Plasma terpisah sendiri dari darah.
3. Darah yang menghimpun sepersepuluh kadar sel darah putih   yang ada dalam darah alami (Meningkatkan imunitas tubuh). 
4. Pada puncak sel darah merah semua sel darah putih memiliki bentuk yang ganjil. Hal ini bererti kandungannya sudah tidak mampu melaksana tugasnya sehingga dapat menghilangkan darah  sel-sel darah merah yang kotor dan darah yang tidak diinginkan keberadannya sehingga yang tersisa adalah darah putih. 

BEZA AL-HIJAMAH DAN DERMA DARAH
 AL-HIJAMAH                                         DERMA DARAH

Darah dari kapilari.                                                                                    Darah dari Vena
Mengeluarkan Toksid dan kotoran sahaja.                                          Semua kandungan bendaalir keluar.
Tiada Keluar Sel Darah Putih.                                        Keluar sel darah putih bersama sel darah Merah. 
Keluar LDL Sahaja                                                                                    Keluar HDL dan LDL.
Keluar zat besi berlebihan pada kulit (Talasemia Major)    Mengeluarkan mineral dan zat besi pada tubuh.       


 (AL-HIJAMAH) DARI PANDANGAN PERUBATAN JAWI    

“MAHASUCI ALLAH SWT YANG TELAH MENGIRIMKAN NABI PADA KAMI
MENGAJAR SESUATU YANG BELUM TERUNGKAP DALAM KAJIAN SAINTIFIK”

AL-HIJAMAH ATAU BEKAM
                     
  •       Bekam merupakan suatu amalan Rasullulah saw        untuk menyembuhkan penyakit (Curative) dan mencegah penyakit (Preventive) .
  •      Bekam adalah satu kaedah mengeluarkan sesuatu yang menyebabkan keracunan toksid pada tubuh badan melalui permukaan kulit. Proses ini membantu memberi kerehatan kepada ginjal, limpa dan hati daripada melakukan kerja yang berat secara berpanjangan.
  •     Ini adalah satu cara Detoksifikasi yang sesuai dan selamat bagi  manusia yang mana tiada kesan sampingan, malah menyembuhkan.
  •     Sekarang teknik bekam telah digunakan secara moden berdasarkan penelitian ilmiah dengan penggunaan cawan plastik atau kaca, vakum moden, jarum lancet atau pisau bedah untuk mengeluarkan toksid. 
SEJARAH BEKAM

     Bekam telah dikenali sejak zaman Nabi Musa a.s. Bekam adalah satu perkerjaan menghisap atau mengeluarkan darah dari badan dengan cup melalui permukaan kulit. Bekam lebih praktikal, tanpa kesan sampingan murah dan mampu merawat penyakit yang tidak dapat dirawat oleh perubatan moden.

     Bekam adalah satu kaedah yang sangat berkesan untuk menghilangkan kesakitan dan memulihkan sistem imuniti.
    Sebenarnya bekam adalah satu teknik yang boleh membangkitkan saraf-saraf yang tidak aktif atau lemah dengan cara ini sistem tubuh akan bangkit dan meningkat sistem imun.

HADIS-HADIS
    Jika ada yang terbaik pada ubatan kamu, maka itu terdapat pada tusukan alat bekam, minuman madu, atau cucukan dengan kay (api) yang tepat pada penyakit. Tetapi aku tidak suka berubat dengan (Kay) - Shahih Bukhari, "Sebaik-baik pengobatan yang kamu lakukan ialah hijamah" - Al-hadis.
   "Waktu yang paling baik bagi kamu untuk melakukan hijamah ialah 17,19,21 bulan Qomariah"- al-hadis. Yang terbaik ialah pertengahan bulan kerana cairan dalam tubuh bergolak dan mencapai puncak penambahannya kerana bertambah cahaya rambulan". - Ibnu Sina.

LANGKAH UNTUK MELAKUKAN BEKAM
  •      Mulakan dengan berwuduk Auzubilah..Bismilah...Al-Fatihah..Selawat syifa.
  •      Sapu dengan minyak but-but pada titik bekam, urut titik bekam dengan urutan lawan jam,letak cup di titik bekam dan sedut (vakum) secukupnya.
  •     Lepaskan cup dan cucuk menggunakan jarum lancet    ikut arah jam dalam bulatan dan sedut. Sedut dengan secukupnya 8x.
  •      Sekiranya tiada darah atau keluar cecair putih atau gelembung air berhentikan proses membekam titik tersebut walaupun belum 8x.
           Apabila aktiviti bekam habis sapu tempat bekam            dengan minyak but-but. 
          
          Sentiasa bertanya pada pesakit keadaanya semasa
          proses berbekam sebelum bangun dari lokasi bekam.

  •      Ingatkan pesakit tentang keperluan untuk mengulangi bekam bagi keperluan rawatan penyakit yang dihadapi.
  •  
  •      Syorkan snergy herba yang sesuai untuk diamalkan bagi mengatasi masalah kesihatannya.
  •  (gambar)
  •  
  •  
  • JENIS BEKAM 
  •  
  •      Bekam Tarik - dilakukan dibahagian kening sahaja menggunakan cup yang kecil.
  •      Fungsinya - untuk melegakan ketegangan dibahagian kepala hadapan, (kening).
  •      Caranya -   disedut dengan pam/vakum kekanan ke kiri sambil tarik.
  •  
  •      
  •      Bekam Kering/Angin - Adalah bekam yang dilakukan untuk mengeluarkan angin dalam badan tanpa mengeluarkan darah.
  •      Fungsinya - bertujuan mengeluarkan angin yang bertoksid (beracun)  dan panas berlebihan.     Caranya - dipam sekali sahaja dibahagian punggung maupun dada dibahagian tubuh dan dibiarkan 15 minit hingga 20 minit.
  •     
  •      Bekam darah/basah - Adalah mengeluarkan darah,angin dan suhu yang berlebihan dari permukaan kulit.
  •      Fungsinya - bertujuan mengeluarkan darah yang bertoksid (beracun), angin dan suhu yang berlebihan.
  •      Caranya - degan dimulai dengan bekam kering selama 2-3 minit kemudian dicucuk dengan jarum lancet dan dipam kemudian cupping dalam 2-3 minit.