Wednesday, January 4, 2012

PERKONGSIAN PERAWATAN.


Alhamdulilah selama hampir 10 tahun mengamalkan herba sebagai salah satu bidang perawatan menampakkan satu keberhasilan penyembuhan. Walaupun telah menghadapi cabaran dan dugaan penyakit dimana pernah di operasi 4 kali iaitu 2 kali dalam tahun 2009 dan 2 kali dalam tahun 2011.

Saya pernah mengalami penyakit gout selama 22 tahun, dirawat dengan ubat dan suntikan namun sakit ini tetap berlaku, kerana apa sebabnya apabila berlaku kelemahan salah satu organ contoh fungsi buah pinggang yang berperanan menyingkirkan kotoran dalam menyaring, air dan darah tidak berjalan saperti sepatutnya, maka berlakulah kesumbatan dan tompokan asid urid (sebagai contoh) di sendi.

Bagi diri saya beberapa tahun mengalami sakit ini kerana selalu makan tidak mengikut waktu dan selera amat tinggi apabila melihat dan terhidu bau masakan. Walaupun makanan laut pantang bagi pesakit gout tetapi setiap pesakit berbeza  pantangnya, contoh ada pesakit yang  boleh mengambil makanan laut seperti udang, sotong, ikan tetapi tidak boleh mengambil yang bercengkerang seperti kerang, ketam, siput dan sebagainya. Malahan ada yang boleh mengambil daging merah tetapi tidak boleh mengambil makanan  dalaman, seperti hati, paru, limpa, kerana organ ini adalah berperanan sebagai penapis (filter) kepada perjalanan darah dan cecair dalam binatang ternakan seperti kambing dan lembu.

Dengan izin Allah saya telah pergi berjumpa dengan Doktor untuk Blood test dan didapati memang asid urid tinggi, lalu saya mengambil keputusan yang drastic untuk mengambil The herba 10 unjang dimasukan kedalam jaq dan di isi dengan air panas (10 minit selepas mendidih) dan minum setiap hari bersama dengan kapsul malac 7 x 2 setiap hari. Akhirnya selama sebulan diamalkan pergi buat blood test, ternyata kandungan asid urid menurun dan saya tidak dibekalkan lagi ubat.

Saya masih tidak berapa percaya juga tentang perkara ini dimana saya telah makan makanan pantang saya iaitu salah satu jenis siput yang bercengkerang (mentarang) kemudian ketam, barulah saya meyakiti bahawa saya telah terlepas dari penyakit gout, syukur alhamdulilah. Tapi saya terus mengambil the herba  3 ujang sehari dan malac 2x 3 sehari sebagai maintain.
Bagi mendapat hasil yang baik kepada perawatan dan penghampir kesembuhan, pesakit perlu mengambil sebanyak info perawatan dan terapian yang bersesuaian dengan tubuh badan. Dibawah ini di sarankan beberapa konsep perawatan dan terapian sebagai langkah untuk sekurang-kurangnya melegakan kesakitan.

Rasullulah sebagai, contoh mengamalkan puasa untuk ibadah, tetapi kenapa kita tidak dapat melakukan contoh terbaik ini. Utusan Allah ini pernah berkata bahawa sarang penyakit bermula di perut. Maksud yang boleh kita ambil sebagai langkah terbaik, ialah makan ikut waktu bila waktu sarapan, tengahari atau makan malam yang sepatutnya . Tiada waktu makan lagi bila hendak tidur malam.  Pantau apa yang dimakan, adakah hadam makanan yang dimakan, Rasullulah mengalakkan mengunyap makan lama (33x) siapa kini yang mengamalkannya.

Toksid dalam tubuh biasanya akan menutup saluran darah halus, perkara ini tidak disedari oleh ramai rakan-rakan kita diluar sana. Kandungan air dalm tubuh juga tidak cukup untuk melakukan imbang antara panas dan sejuk tubuh. Apa jadi sekiranya sistem penyejukan kenderaan tiada, atau radioator bocor, maka akan berlaku kepanasan melampau bagi kenderaan tersebut, maka kepanasan kenderaan itu mungkin boleh merosakan sistem mekanikal kenderaan tersebut,  kenderaaan tersebut harus di baiki atau diganti bahagian yang rosak. Adakan tubuh kita ada dijual organ yang rosak di supermarket.

Bagi tubuh manusia yang tersumbat dengan sistem ini harus mengeluarkan kesumbatan tersebut melalui Hijamah (bekam). Banyak faedah bekam selain dapat menghindarkan penyakit, bekam merupakan sunnah Rasullulah. Elakkan dari stress kerana masalah ini akan menganggu penyerapan nutrisi dalam tubuh badan,  ambil madu untuk meringankan masalah ini. Tidak boleh tidur malam(Isomia) juga merupakan masalah sakit sukar diredakan, kerana tidur yang berkualiti akan dapat membantu kesembuhan penyakit.

Keyakinan yang tinggi kepada Allah. Dimana yang mendatangkan penyakit dan juga menyembuhkan  penyakit adalah satu perkara yang perlu ada dalam diri pesakit. Sebagai satu perngharapan bahawa hak mutlak Allah mentakdirkan sesuatu kepada sesuatu kejadian adalah miliknya. Pesakit wajib meredokan sekiranya kita dipilih untuk sakit. Barang siapa bersabar dengan dugaan ini maka kafarah ini menjadi titik sebab hidayah dan keampunan diberikan kepada mereka yang terpilih. Terus berusaha dengan istiqomah dalam ikhtiar dan usaha untuk mencari penawar dan terapian.

Mengambil ubatan dan makanan yang halal lagi toiyib, Lakukan riadah (senaman) yang rutin untuk menjaga kesihatan. Makan jika lapar dan berhenti ketika kenyang. Amalkan pemakanan sunah seperti madu, habbatusaudak, minyak zaitun dan sebagainya.

·         Sebagai satu perkongsian apabila berlaku pembedahan yang besar pada diri saya, dimana guru kami mencadangkan pengambilan spirulina dos tinggi 3 x sehari, minyak zaitun 3 x sehari, minyak habbatus saudak dicampurkan didalam air minuman dan makanan 2 ke 3 titik. Terus mengambil Beras perang 2 x sehari, sayur dan ikan sahaja, Minuman air lebih dari 2.5L (air kosong) dan kopi radix diet.

·         Selepas 2 bulan luka hampir baik 50% makanan tambahan diambil mengikut penyakit contoh diebetis ambil imt dan plantisol, pelawas (Serat) elak sembelit. Imbang angin dalam tubuh (Tuju angin). Perbaikan sistem pengencingan (Malac).

·         Lakukan terapian, seperti berbekam (sebulan sekali 17,19,21 bulan Hijriah), akupuntur (Blood flow) setiap 48 jam, Jaga jantung agar plag disaluran jantung dibersihkan dengan terapian Hirudo (Lintah), Sekiranya ada sakit yang lambat sembuh, boleh di moksa.
 
·         Lakukan terapian kerohanian yang wajib dan sunnat, sembahyang 5 waktu dan sunat iringan, bacaan Al-Quran surah-surah pilihan, zikir matsurat pagi/petang, zikir, tasbih pagi/petang, selawat dan jaga anggota lahir dan hati.
·         Harapan yang tinggi dan doa sentiasa kepada Allah semoga diredakan penyakit yang dihidapi. Bersabar dan redo dengan ketentuannya, semoga umur yang masih berbaki ini dapat dimanafaatkan untuk kebaikan diri, keluarga, masyarakat dan ugama.
·         Selalulah berbaik sangka dengan Allah, kerana Allah sentiasa mengkabulkan sentiasa doa hambanya yang demikian.
·         Satu perkara yang tak kurang penting juga ialah masalah sembelit selalu menghantui fikiran, cuba ambil serat yang mencukupi,  kerana kekurangan serat menyebabkan berlakunya sembelit. Sekira perkara ini berlarutan menyebabkan pencernaan tidak dapat dapat berlaku dengan memuaskan, apabila pembuangan air besar tidak sempurna menandakan serat kurang diambil. Cuba ambil herba pelawas 3 x 3 kalau kurang mujarab sernergikan dengan ficus (Ficus calicarfa dan Impomea Repton) insyaallah mujarab.

·         Bagi pengalaman saya jika tidak boleh tidur malam mungkin akibat stress, cuba atasi dengan pengambilan madu dan Rosselle,jika tidak mujarab saya pernah mengambil 4 kapsul mengkudu organic sebelum tidur. Jika tidak boleh juga cuba Pupuria. Biasanya jika tak boleh tidur bawa baca al-Quran, insyaallah surah belum habis baca mengantuk akan mengundang tiba. Rendaman kaki selama 30 minit dengan garam bukit dapat membantu mengurangkan stress.

·         Masalah Tulang Belakang juga merupakan satu factor penting kenapa sakit tidak mahu sembuh. Cuba dapatkan rawatan, kiropraktik, yomeiho, urutan tradisional dan amalkan minum minyak zaitun dengan dikumur dahulu selama 2 -3 minit sebelum ditelan.

·         Semoga dengan sedikit tip diatas dapat member panduan jika bersesuaian. Cubalah seminggu. Insyaallah mujarab.
·          
Pengalaman akan memandu kita lebih mamtop untuk diri dan orang lain, semoga boleh dimanafaatkan.

No comments:

Post a Comment