Wednesday, January 4, 2012

MEMAHAMI AL-MA’THURAT


Manusia dilahirkan di atas mukabumi ini dibekali dengan fitrah. Disamping itu manusia juga mempunyai nafsu serta keinginan yang selalu mewarnai corak kehidupan sesaorang. Namun begitu Allah swt telah membimbing manusia dengan wahyu dan akal yang ada pada dirinya sendiri, sehingga segala godaan dari syaitan dapat dihadapi dengan jiwa taqwa dan hati yang bersih.

Tidak semua jiwa mendapat hidayah dan bimbingan daripada Allah, dan tidak semua manusia mengetahui cara yang terbaik dalam mendekatkan diri dengan yang maha agung. Ini menyebabkan ramai individu yang tersesat ke lembah kebodohan dan kehinaan hidup yang berpanjangan. 

Sesungguhnya keteguhan jiwa itu hanya  dapat dicapai dengan aqidah yang kukuh, solat, zikir, doa, istiqhfar dan ibadah-ibadah yang dianjurkan Allah swt untuk mengerjakannya.
 
Beramal sesuai dengan anjuran islam, iaitu seperti yang diamalkan oleh Rasullulah saw. Orang-orang mukmin yang sejati akan mengisi ruang masanya dengan berbagai amalan dan ibadah yang dapat mendekatkan dirinya dengan Allah swt. Bibirnya sentiasa basah dalam berzikir, membesar dan mengagungkan yang maha mulia, kemudian di berdoa untuk mengharapkan keredhaan tuhannya. Tiada sesuatu yang lebih bererti dalam kehidupan seorang insan melainkan mendapat keredhaan Allah swt.

Dalam berzikir dan berdoa ada masa-masanya yang ditentukan diberikan oleh Allah agar zikir dan doa kita diterima dan dimakbulkannya. Alangkah lebih baik jika kita mampu mengisi dari setiap denyutan jantung kita dengan berzikir  dan berdoa kepadanya. 

Kemudian menghayatinya sebagai sesuatu amalan yang tidak mungkin terpisah dari kehidupan kita. Kerana insan yang beriman, dikala pagi ia bertasbih dan berdoa, dikala petang tetap dengan kerendahan jiwanya dengan berzikir kepadanya. Dikala malam hari  semakin menundukan diri kepada pencipta yang agung. 

 
Allah swt berfirman dalam surah Qaaf: 39-40.
Maka bersabarlah kamu terhadap apa yang mereka katakan dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya. Dan bertasbihlah kamu kepadanya dimalam hari dan setiap selesai mengerjakan solat.

Berdasarkan firman Allah ini setiap individu baik sebagai pemimpin dalam rumahtangga, masyarakat dan Negara serta para pendawah hendaklah mengamalkan dan menghayati zikir al-ma’thsurat. Dengan membaca zikir-zikir yang diamalkan oleh Rasullulah ini bererti kita telah membentengi diri kita dengan senjata yang kukuh, sehingga terhindar dari gangguan syaitan yang terkutuk.
 
Oleh sebab itu Al-Syahid Imam Hassan Al-Banna telah membina jalan yang baik untuk mengikut Sunnah Rasullulah saw. Beliau telah memilih dan menyusun al-ma’thsurat dengan mengharapkan bimbingan daripada Allah swt agar terhindar daripada gangguan syaitan yang penuh angkara murka. Maka alangkah baiknya setiap diri muslim mengamalkan zikir al-Matsurat ini pada setiap pagi dan petang, siang dan malam.

DIANTARA KEUTAMAAN BACAAN AL-MATHURAT

Al-Ma’thurat dimulai degan ucapan “Aku bermohon perlindungan Allah, Maha mendengar, Maha mengetahui dari gangguan syaitan yang direjam”, mengandungi erti setiap jiwa kita sebelum melakukan aktiviti harus menyerahkan diri kepadanya. 

Ucapan itu juga menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba kepada Allah, kemudian berusaha untuk terhindar dari sesuatu yang dapat menyesatkan jiwa seseorang dari mengingat Allah.

Dari Annas ra, Rasullulah saw bersabda bermaksud, “Sesiapa yang mengucapkan diwaktu pagi ucapan, Aauzubillah himinassamiinalim, minasayaiton nirrajim.  “Maka ia berlindung dari gangguan syaitan yang direjam hingga petang.” (Riwayat ibn Al-Sunni).

Bacaan Al-Mathurat dalam zikir Ma’thurat merupakan bacaan yang agung, Mengandungi Pahala Yang Besar jika membaca dengan menghayatinya. Rasullulah bersabda maksudnya: “Demi Allah yang nyawaku ditangannya belum ada surah yang diturunkan di dalam Taurat, Injil Zabur atau Furqan yang menandinginya. Dialah tujuh  dan Mithani quran yang agung yang diberikan kepada ku.”

Membaca surah al-Baqarah dalam zikir Ma’thurat juga memperolehi pahala yang besar. Dari Ibnu Mas’ud, Rasullulah saw bersabda; “Sesiapa membaca 10 ayat dari surah Al-Baqarah diawal siang nescaya ia tidak didekati oleh syaitan sampai petang,, jika dibaca waktu malam nescaya syaitan tidak mendekati sampai pagi. Tidak akan dilihat apa-apa yang buruk menimpa keluarganya atau hartanya.” (Riwayat Al-Darami dan Baihaqi)

Membaca ayatulkursi juga terhindar daripada gangguan syaitan. Dari Ibnu Mas’ud sesungguhnya Rasullulah bersabda: “Sesiapa yang membaca sepuluh ayat, ayat-ayat surah Al-Baqarah, ayat kursi, 2 ayat selepasnya dan hujung surah al Baqarah nescaya syaitan tidak akan masuk dalam rumah sampai pagi.” (Riwayat Tabrani dan Hakim).

Begitulah semua bacaan dan zikir yang terkandung dalam zikir ma’thurat terdapat beberapa keutamaan yang dijanjikan oleh Allah swt terhadap  utusanya Nabi Muhammad saw. Hanya insan yang mengetahui betapa besarnya nilai doa dalam kehidupan jiwa yang ingin menghayatinya dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari. Semoga umat islam semuanya mendapat keredhaan Allah dalam mencari kebenaran di dunia ini.

Semoga dapat dibaca dan diamalkan bagi menghadapi dunia akhir-akhir ini sebelum terlambat.

No comments:

Post a Comment