Thursday, February 17, 2011

KURSUS BEKAM LANJUTAN (TAHAP 2)

Kursus ini telah diadakan pada 12 Rabiulawal bersama Maulidurrasul 15hb.Feb,2011 di Madrasah Al-Hadithiah Kampung Paya, Beranang Selangor, Malaysia. Seramai 24 orang mengambil bahagian..Kebanyakkan peserta adalah yang telah berbekam dan membekam. Kursus ini memperbincangkan perihal Al-Hijamah yang tidak sempat di sentuh dalam kursus Asas Bekam Sebelum ini.

Para Peserta Bekam Lanjutan bergambar selepas Program bersama Penceramah Herbalis Ustaz Abd. Hadi Bin Mohd Isa dan Herbalis Ustaz Mohamad Radzi bin Hj. Ariffin.

Peserta diberi fahaman bahawa anjuran berbekam ini dari para malaikat. Didedahkan juga hadith berbekam dan beberpa surah yang perlu di hafal dan diketahui oleh para pembekam untuk menimbulkan situasi ilahiah didalam perawatan bekam.

Praktikal tidak diadakan tetapi berbincang dalam Latihan berkumpulan. Diantara yang di sarankan untuk perhatian perawat ialah berkenaan bacaan nadi secara manual,mengunakan meter tekanan darah digital. Pantang larang berbekam jika dilanggar, Tarikh yang afdal berbekam, Alatan Bekam Cara Nabi, Mengenal pasti cara berbual dengan pesakit semasa berbekam, ujudkan silaturahim dan networking selepas berbekam, Synergy herba yang dicadangkan.

Hal-hal upah berbekam, point bekam nabi serta hadith berkenaan point tersebut. Memahami titik bekam nabi. Bolehkan kita membekam orang kencing manis, kanser, HIV, orang perempuan mengandung. Semua perkara diatas dibincangkan dalam LDK.



 Latihan dalam kumpulan wanita


Penerangan oleh Ustaz Hadi dimana para pembekam perlu faham gabungan perawatan akupuntur dan bekam serta gandingan diantaranya.

PJS Herbalis Hj Shahir menerima sijil penyertaan dari Ustaz Hadi

Pelajar UKM (Siti Hakimu) tidak ketinggalan belajar perawatan bekam untuk kegunaan sendiri dan keluarga, bila mahir nanti nak bantu menyelesaikan masalah kesihatan umum, menerima sijil penyertaan.

 Herbalis Puan Maznah Bt Nordin menerima sijil penyertaan dari Ustaz Hadi

 En. Shahrin tidak ketinggalan menerima sijil penyertaan dari Ustaz Hadi

 Muaz Al-Fateh menerima sijil dari Ustaz Hadi


Herbalis Ustaz Mohamad Radzi Menyampaikan sijil Penceramah kepada Herbalis Ustaz Abd. Hadi.

No comments:

Post a Comment