Monday, February 7, 2011

Apa itu Stevia?


Stevia Rabaudiana merupakan spesis pokok herba daripada keluarga bumi matahari dan sangat sesuai sebagai penghias penutup bumi. Pokok stevia berasal dari Amerika Selatan. Di Malaysia ia juga digelar sebagai Pokok Gula kerana kemanisannya yang setanding gula. Ia juga turut dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf ataupun sweet herb. Rasa manis pada daun stevia disebabkan kandungan bahan aktif stevioside dan juga rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi sehingga 200 celsius dan mempunyai p.H yang stabil.

Info Penggunaan

Paling sesuai untuk penyakit diabetes.Sesuai digunakan untuk penyediaan makanan dan minuman.10g ekstrak stevia boleh bertahan sehingga 2 bulan bagi anda yang mengambil 6 – 7 gelas minuman manis sehari. 

Kajian Mengenai Stevia

Ekstrak stevia dikatakan 200 – 400 kali (mengikut gred) lebih manis dari gula biasa Tetapi apa yang unik mengenai pemanis semulajadi yang berasaskan Stevia ini ialah ia Sifar kalori, Sifar lemak, Sifar kolestrol, Sifar protein, Sifar toksid, Sifar glukos dan Sifar karbohidrat.

Hasil kajian menjelaskan bahawa 1 gelas gula biasa bersamaan dengan 1 sudu ekstrak stevia dan 10gm ekstrak stevia boleh memaniskan kira-kira 400-750 gelas air (mengikut gred).Para saintis merumuskan stevia yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan gula dalam badan. Memandangkan stevia tidak menghasilkan glukos maka ekstrak ini mempunyai potensi untuk menjadi agen anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes.

Pengkaji di Brazil pula mengatakan bahawa sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan secawan teh kelat. Pengambilan stevia yang konsisten dan kerap dalam menggantikan gula tidak memudaratkan memandangkan sifat daun stevia yang Sifar segalanya. Kajian juga menunjukkan bahawa stevia mampu melambatkan penurunan tindakbalas vitamin-vitamin penting dalam badan.

Pemanis semulajadi, 300 kali ganda lebih manis dari gula tebu
Mengawal paras gula dalam darah
Mengawal tekanan darah dan berat badan
Memgurangkan Hiperlipidemia
Menyingkirkan toksin badan
Karbohidrat
Kolestrol
Kalori
Glukos
Lemak

boleh mendapatkan produk ini daripada saya dengan menghubungi saya 013-6697491.
bantu rakan niaga produk usahawan muslim.

No comments:

Post a Comment