Tuesday, April 12, 2011

Hiduroterapy dan pembekuan darah luaran

 Pada minggu kedua bulan Mac 2011 seorang pesakit kencing manis sedang memandu kereta dalam perjalanan sejauh 40 km. Apabila sampai dirumah didapati salah satu jarinya melecet (Mengelembung). Pesakit ni telah amat memahami sifat dan keadaanya apabila menghadapi situasi begini. Dimana beliau tidak memecahkan air didalam kulit yang mengelembung. 2 minggu berlalu berlaku pembekuan darah dijarinya lalu di terapi dengan lintah.
Pembekuan darah akibat melecet              
Sebelum hirudoterapy dilancet tempat pembekuan darah bagi mengeluarkan sedikit darah.

Kemudian baru di letak lintah       
 Seekor lintah sebelum menyedut darah dimana lintah terlebih dahulu memasukan sejenis cecair dari mulutnya ketepat yang dilancet. Cecair itu dinamakan Hirudin. Peranannya cecair dari mulutnya bertujuan mencairkan darah yang beku.
Lintah sedang menyedut kembali darah yang telah dicairkan.      
Proses hirudo terapy ini dilakukan pada 27 mac 2011 yang lalu. Lintah menjadi kenyang (gemuk) setelah menghisap darah yang kurang tenaga dan tidak diperlukan badan. Masa yang diambil lebih kurang 1jam. Mengikut satu kajian lintah boleh menyedut darah yang dianggap bertoksid ini 15 mililiter (ML) dalam masa 30 minit. Setelah kenyang lintah tersebut jatuh sendiri. Lintah yang telah digunakan dikumpul dan dibuang ke habitat asalnya seperti sungai, saliran atau parit. Lintah yang telah kenyang biasanya cukup tidak payah memakan apa menunya selama 6 bulan. Begitulah makluk yang banyak berjasa kepada manusia ciptaan Allah.

Pada 10hb.April.2011 dimana dengan izin Allah kulit cantik seperti biasa, Fikirkanlah bahawa perawatan Hirudo terapy yang diasaskan oleh Abdul Latef ini sejak kurun 9 masehi lagi telah memanafaat kepada manusia. Lihatlah seorang pesakit kencing manis boleh baik dengan secara alami, bagaimana kulit tuan/puan yang tidak ada kencing manis tentu lebih cepat lagi. Berdoalah kita akan kesembuhan setiap penyakit kepada Allah.Setiap penyakit tidak diturunkan kecuali bersama dengan penawarnya. Wallahuaklam.

No comments:

Post a Comment