Saturday, December 18, 2010

KENYATAAN IBNU SINA


Terdapat orang-orang yang sakit fizikal telah sembuh kerana hanya melalui tekad, dan sebaliknya terdapat orang-orang yang sihat yang seringkali menganggap dirinya sakit telah menjadi benar-benar sakit.

    Sekali lagi ini membuktikan bahawa akal menguasai jasad. Beliau mempunyai pegangan bahawa akal dapat juga mempengaruhi oleh badan. Pandanngan beliau tentang hubungan  akal dan badan beliau masih mempercayai bahawa akallah yang lebih berkuasa. Beliau membuat kesimpulan bahawa jika akal ini sihat dan bersih, ia bukan sahaja dapat mempengaruhi badannya sendiri tetapi juga yang lain. Asas falsafah ini dapat menerangkan bagaimana melalui bisikan dan doa dapat meyembuhkan penyakit. 

Kesimpulan bahawa akal yang terkandung  dalam lapangan metafizikal yang lebih tinggi “ adalah pengawal pada jasad” Ibnu Sina membuat andaian jika sekeping papan tebal di letakkan ditengah-tengah jalan dan menyuruh orang berjalan diatasnya, dengan mudah sahaja ini dapat dilakukan. Tetapi sekiranya papan yang sama diletakkan melintasi suatu gaung, orang itu mungkin sahaja jatuh. Perkara yang berbeza dalam kes ini hanyalah perasaan takut, suatu penomena mental. 

Maka fikir-fikirkan kata-kata ini sedalam-dalamnya. 

No comments:

Post a Comment