ASSALAMUALAIKUM..Selamat kembali berjumpa di alam tanpa sempadan, lapangan untuk kita membincangkan herbalisme yang semakin mudah kita kuasai melalui perbincangan demi perbincangan. Alhamdulillah, sambutan luar biasa semakin jelas di dalam dunia herba kita. Merujuk kepada Tuan Haji Ismail herbalis merupakan pewaris kepada ilmu Perubatan Thibbun Nabawi yang telah disisihkan di zaman serba moden ini. Jadi perkara-perkara berikut sangat perlu diperhatikan :
1) Seorang perawat perlu memahami konsep sejuk dan panas (karakter pesakit) sebelum layak untuk merawat.
2) 2)Mengaplikasikan konsep sunnah Rasulullah SAW di dalam perawatan
3) Menjaga aurat dan sempadan di dalam perawatan, jangan sampai suruhan ini dilanggar kerana ini adalah larangan ALLAH yang cukup jelas di dalam Al-Quran, jika perawat Thibbun Nabawi mengabaikan larangan ini maka hilang keberkatan malah lebih teruk murka ALLAH yang bakal kita dapat. Nauzubillah
4) Menghargai pesakit, setiap pesakit yang datang amat mengharapkan sesuatu daripada kita,mengharapkan suatu belaian dari kita bukan sahaja belaian di kulit tetapi juga belaian di jiwanya kerana emosi pesakit sangat terganggu sehingga dia memaksa dirinya untuk berjumpa kita. Pastinya apa sahaja tindakan kita bakal terpahat di mindanya,jadi sangat penting untuk 'membelai' pesakit kita sesuai dengan syariat. Konsep menghargai ini juga merujuk kepada barangan/hadiah yang diberikan oleh pesakit, pastikan anda menerima dengan penghargaan dan memuji/berterima kasih dengan hadiah yang diberikan.
5) Wujudkan persaudaraan yang berpanjangan dengan menelefon pesakit kita untuk bertanya khabar dan bertanya perkembangan keadaannya.
6) Berlemah-lembut dan berhikmah di dalam perawatan, teknik penyampaian sangat penting untuk dijaga kerana di sinilah imej kita seterusnya imej Islam akan terjaga.
SELAMAT BERAMAL DAN MEMBANGUNKAN PERUBATAN THIBBUN NABAWI
No comments:
Post a Comment