Friday, December 3, 2010

KENCING MANIS DAN HERBA YANG BERWARNA HITAM

Dalam Perubatan Jawi kita dapat mengesan ada satu kesinambungan pengubatan kencing manis dengan menggunakan herba yang berwarna hitam seperti, tebu hitam, habbatussaudaq, beras pulut hitam/ketan dan lain-lain lagi. Garam yang digunakan untuk membuat deep cleansing juga berwarna hitam (garam bukit).

Madu lebah yang terbaik juga yang berwarna hitam. Madu lebah yang berwarna jernih boleh menjadi hitam setelah disimpan setahun. Begitu juga dengan herba yang berwarna hijau kehitaman seperti pokok daun kari,atau kayu yang berwarna kehitaman iaitu kulit kayu manis.

Dalam kajian nutrisi mendapati kebanyakkan herba yang digunakan untuk kencing manis mengandungi cromiun yang tinggi. HPA menggunakan dedalu/bedalu yang daunnya merah  kehitam-hitaman yang terdapat dalam plantisol. Cuma pesakit kencing manis perlu meninggalkan 2 dan menggantikan 2. Perlu meninggalkan santan dan sekutu-sekutunya (Spt makanan yang ada santan, spt bubur, cendol, rendang, pulut dan makanan  yang dimasak menggunakan santan) dan menggantikan gula putih dengan gula perang, serta menggantikan beras putih dengan beras perang atau beras merah. Insyaallah. Dipetik dari Jawi Medicinal Herbs dan Testimoni.


No comments:

Post a Comment