LOKASI: HPA CAW.BDR SRI PERMAISURI, BANDAR TUN RAZAK, CHERAS.
1HB.JANUARI.2011. KAPASITI PESERTA 20.
GAMBAR PESERTA BESAMA HERBALIS NORHISHAM RABAT DAN USTAZ RADZI
TAARUF DAI PJS CIKGU SANI DARI PERAK
TAARUF DARI PESERTA BARU SAUDARA AKIF HITAMI
HERBLIS MAT IZAM TIDAK KETINGALAN DALAM TAARUF
MODERATOR HERBALIS NORHISHAM RABAT MEMULAKAN PROGRAM
DIANTARA HERBALIS DAN URUSETIA TIDAK KETINGGALAN MENAMBAH KEILMUAN SEPERTI BERTAFAKUR MEYUSUN BICARA AGAR CEPAT DIFAHAMI
MENEGASKAN TENTANG KEILMUAN REFLEKSOLOGI
PESERTA BEKAS MAHASISWA, PENGARAH SYARIKAT, GURU TIDAK KETINGGALAN
DIANTARA PESERTA YANG TERLIBAT, PELAJAR IPTS, OTAI URUT,PEKERJA BANK,GURU MAKTAB
PESERTA DIAJAR TERUS UNTUK MEMPRAKTIKALKAN ILMU
BEBERAPA TEKNIK DAN GERAK URUTAN
SAYA JUGA TAK KETINGALAN MENAMBAH ILMU
APA ITU REFLEKSOLOGI ?
Titik pusat urat saraf. Logi pula ialah ilmu. Oleh itu Refleksologi bermaksud ilmu pengetahuan tentang titik pusat urat saraf. Sejarah ilmu ini berasal dari tamadun Mesir Purba dan bukannya China.
BAGAIMANA REFLEKSOLOGI BERFUNGSI?
Setiap organ tubuh kita memerlukan darah. Kenapa? Kerana darah membawa zat seperti oksigen,hormon, antibodi dan lain-lain, Tugas darah juga ialah membuang segala kekotosan. Oleh sebab itu, peredaan darah yang tidak sempurna akan meyebabkan pelbagai jenis penyakit. Disinilah peranan refleksologi. Rawatan ini membantu peredaran darah yang lancar. Semakin lancar peredaran darah semakin sihat tubuh badan kita.
PANDUAN RINGKAS REFLEKSOLOGI
- Seelok-eloknya rendam kaki dengan air rendaman garam bukit sekitar 20 minit sebelum sesi refleksologi.
- Guna minyak/krim but-but ketika mengurut.
- Gunakan jari,kayu kecil berkepala bulat,tanduk kerbau.tanduk guasa dan lain-lain.
- Jika sesuatu point terasa sakit, itu menandakan organ tertentu tubuh badan terdapat gangguan.
- Pesakit jantung,kencing manis dan darah tinggi perlu kerap diurut.
- Bagi pesakit jantung, kencing manis,hati dan barah jangan ditekan terlalu kuat. Cukup sekadar 2 hingga minit bagi point-point tertentu.
- Bagi pesakit tulang perlu ditekan kuat 5 hingga 7 minit.
- Kurangkan ubat-ubatan moden.
- Jika tindabalas negatif, seperti lepuh-lepuh hitam di tempat sakit tidak perlu risau.
- Rawatan Refleksologi dilakukan ketika perut tidak kenyang dan tidak terlalau lapar. Minum 2 hingga 5 gelas air suam selepas jawatan.
- Kawasan refleksologi dimana kelenjar-kelenjar yang lembut tidak boleh ditekan kuat. Jangan membasuh kaki dan tangan dengan air sejuk selepas rawatan.(setengah jam).
- Perawat yang tidak sihat jangan mengurut.
- Selepas rawatan biasanya warna air kencing akan berubah, najis berwarna kehitaman, berlendir dan berbau.
- Biasanya suhu badan akan naik dan mengeluarkan peluh.
- Selepas rawatan juga,banyak buang angin,sendawa,timbul gatal-gatal dikulit,urat darah akan nampak timbul tetapi badan lebih ringan dan cergas.
TEKNIK ASAS REFLEKSOLOGI
- Gerak silang untuk mengurut point dada,hati,perut, pundi dan paru-paru. Menyilang 45 darjah dari arah sisi dalam dan sisi luar kaki. Urut secara rata dengan menggunakan kedua-dua tangan secara berganti.
Teknik Gerak Silang
- Gerak Selari - teknik ini untuk mengurut point organ yang memanjang seperti point tulang belakang dan usus besar. Urut berperingkat-peringkat mengikut bahagian. Contohnya serviks, toraks, lumbar,dan sakrom bagi tulang belakang. Usus besar pula ialah usus menaik,usus mendatar, usus menurun dan usus sigmoid. Urut dari hujung ke hujung, bahagian-bahagian ini dengan menggunakan kedua-dua tangan.
point tulang belakang sepanjang sisi kaki
- Tekan tepat - Teknik ini digunakan bagi mengurut point kecil yang memerlukan ketepatan seperti kelenjar pituitary.
- Tekan Pusing - Teknik ini digunakan bagi mengurut point ovari, testis, uterus, prostat. Tekan ibu jari sambil membuat pusingan kecil beberapa kali mengikut jarum jam dan sebaliknya.
point reproduktif
Assalamualaikum, Ustaz bila lagi kursus Refleksologi asas akan di buat? Saya berminat nak menyertainya.
ReplyDelete