Diriwayatkan dari Jabir bahawa seorang perempuan Yahudi, penduduk Khaibar, meracuni seekor kambing bakar, kemudian menghadiahkannya kepada Rasulluloh saw. Rasullulloh saw pun mengambil lengan dan memakan sebahagiannya.
Bebeberapa orang sahabat beliau juga makan bersama beliau. Tiba-tiba Rasulluloh saw berseru, "Angkatlah tangan kamu !" Beliau mengirim utusan untuk memanggil perempuan Yahudi itu. Beliau bertanya, "Engkau meracuni daging kambing ini?. Perempuan itu menjawab, "Siapa yang memberitahu Anda?" Beliau menjawab, "Daging yang ditanganku ini memberitahuku!"Perempuan itu berkata: saya mengatakan, "Jika ia seorang nabi, maka racun itu tidak akan membahayakannya, akan tetapi jika ia bukan seorang nabi, maka kami bisa beristirehat dari ulahnya." Rasullulloh saw memaafkan wanita itu. dan tidak menghukumnya.
Sebahagian sahabat yang memakan daging kambing itu meninggal dunia. Rasulluloh saw berbekam pada tengkok beliau lantaran telah memakan daging kambing bakar itu. Rasulluloh di bekam oleh Abu Hind dengan menggunakan tanduk dan pisau. Abu Hind adalah budak Bani Bayadhoh, dari kalangan Ansor.
No comments:
Post a Comment