Kelab Staf dan Rekreasi KMS di bawah Unit Kerohanian telah menganjurkan satu program penerangan tentang Kebaikan berbekam. Majlis ini berlangsung pada 7hb. Mac.2011. Tujuan diadakan program ini ialah untuk memberi penerangan dan fahaman bahawa Berbekam adalah sunah Rasullulah yang di anjurkan oleh para malaikat semasa nabi di isro’kan.
Penerangan berkenaan berbekam pada jam 2.30pm. manakala praktikalnya jam 4.00 pm dimana 3 staf mengambil bahagian mencuba kaedah bekam sebagai satu metode pengubatan. Kesemua model dalam promosi bekam yang tamat jam 4 30 pm menyatakan kebaikan bekam dan anggota ringan terutama apabila di bekam di kepala.
|
Pembekaman baru mula |
|
Setelah berlalu 3-4 minit. |
|
Point Ar-Ro'sun salah satu titik bekam nabi yang banyak manafaatnya. |
|
Darah berbentuk Jelly (kental) yang menyumbat saluran kapilari tubuh menyebabkan imuni down. |
|
Darah yang bertoksid yang harus di bekam bagi mengekalkan sistem imuniti ditahaf mantop |
|
Proses membersihkan darah yang menyumbat. |
Selepas info bekam ini timbul beberapa persoalan yang dikemukakan oleh staf yang tidak ada kesempatan untuk mengikuti semasa penerangan dibuat. Minat dalam arena metod perubatan bekam insyallah akan mendapat tempat dikalangan pensyarah dan staf Kojej insyaallah.
Disebelah pagi antara jam 9.00 am ke 1.00TH satu pemeriksaan mata melalui iris yang dinamakan Iridologi. Dengan bantuan kamera dan software lipidrisma 11 staf kolej telah berkesempatan membuat rawaran secara pecuma. Pembantu saya Cik Intan Nur Azreen telah memeriksa iris mata dimana seluruhnya didapati mengalami permasalahan dan ketindakan seimbangan sistem pencernaan(Usus), sistem pengencingan(ginjal). Betul kata Nabi bahawa bermulanya punca penyakit adalah dari perut.
Semoga dengan pemeriksaan ini dapat membantu memberi amaran awal kepada diri untuk bertindak dan bersiap sedia mengatasi dan mengelakan kelemahan yang perlu difahami. Kelemahan sistem daya tahan tubuh (imum) adalah faktor yang penting perlu di titik beratkan. Disamping itu pematangan perlu juga di jaga agar sistem ketahanan dayatubuh tidak diganggu gugat. Kita ni pantang juga, tetapi pantang jumpa, ikut selera tekak. Ubahlah sedikit demi sedikit agar kesihatan kita mantop dengan izin Allah.
|
Puan Noor Hayati Hamid membantu Puan Zainabi semasa pemeriksaan Iridiologi |
|
Cik Intan Nur Azreen membetulkan fokosin untuk mendapatkan kedudukan gambar yang tepat |
|
Peserta awal Puan Zainabi masih mejalani pemeriksaan dibantu oleh Puan Yati |
|
En Zulkifli tidak ketinggalan menyertai Pmeriksaan Iridiologi |
|
Puan Norly Salim dan Cik Intan sedang meneliti hasil pemeriksaan iridiologi |
|
Puan Norhayati Yasin dan En Mohd Rais tidak mau ketinggalan |
|
Cik Norhayati Yasin juga sedang menanti hasil pemeriksaan Irediologi |
|
En Zainuddin juga tidak melepaskan peluang sambil di perhatikan oleh Puan Salamah Ismail |
|
Puan Salamah Ismail turut mengambil bahagian dalam pemeriksaan Iridiologi yang julung kali diadakan di KMS |
|
Menetukan fokos yang tepat menghasilkan keputusan yang 95% ketapatan kelemahan Organ dari stage satu |
|
En Azmi Hussin tidak mahu ketinggalan. |
Diantara cara untuk meningkatkan kekebalan tubuh badan ialah disarankan berbekam. Tidak diturunkan penyakit tanpa penawarnya. Turunnya sakit dari Allah dan Allah jua yang mengubatinya. Hanya kita yang perlu berusaha dan berikhtiar untuk menemukan kaidah perawatan dan ketepatannya. Sekiranya tidak sembuh jua ketahuilah bahawa itulah bunga kasih Allah serta sabar dengan ketentuannya.
No comments:
Post a Comment