Alhamdulilah dengan izinnya, kami bersama-sama berfikir dan berbincang setiap minggu untuk belajar mempelajari asas perawatan, synergy herba, kaidah terapi yang seiring dengan kemahuan dan minat untuk mengamalkan untuk diri dan keluarga. Pada 2hb.Mac.2011 salah seorang rakan belajar kami sebelumnya adalah peminat atau hobi memelihara ular.
Akif dan Ustaz baru belajar pegang ular.
Pada tarikh ini En. Rahim telah membawa 2 ekor ular sawa baka Afrika untuk memberi peluang mendekati haiwan. Apa yang berlaku ada diantara nya tidak senang duduk. Apabila diberi taklimat tentang tabiaat haiwan reptilia ini maka saya dan isteri serta Akif memberanikan diri untuk memegang ular ini.
Herbalis Kak Aida dan Nurmarzurah pun masih takut-takut menghampiri reptilia ini.
Bukan ada terapi dengan ular atau apa-apa, tetapi peluang sudah ada dihadapan, apakah salahnya kita mencuba memegangnya. Sebenarnya kalau tahu teknik dan memahami prinsip sesuatu aspek itu kita akan jadi yakin dan dapat menguasai sesuatu ilmu itu dengan sempurna. Begitu juga sebelum ini kita dapat mengetahui kelebihan yang ada kepada haiwan Lebah, Lintah dan kini ular pula. Tapi ular belum ada ditemui terapinya, jangan kita mengambil kaidah semuanya menjadi terapi. Mohon kepada Allah bahawa setiap kejadian itu ada faedahnya, tetapi kita belum diizinkan menemuinya.
waallahuaklam.
No comments:
Post a Comment