Tuesday, March 1, 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR 5 HARI 4 MALAM KE BANDUNG

Alhamdulillah Team Herbalis Ustaz Mohamad Radzi Hj Ariffin telah mengadakan lawatan sambil belajar di Bandung Indonesia pada 19-23hb.Februari 2011. Diantara tujuan lawatan ini dibuat kerana ingin mempelajari dan memdalami ilmu perubatan Nabi (Tibbun-Nabawi) di negara jiran. Seramai 9 orang berpagi lagi di LCCT. Saya bersama keluarga isteri dan 3 anak untuk mencari penawar dan rawatan anak yang autism.

Bergambar di LCCT sebelum berangkat dengan pesawat 9.40 am. Dari kiri Herbalis Aiju Bt Adam, Mohamad Fazrimy (ateh), Intan Nur Azreen (Yong) Ustaz, Herbalis Nor Raidah Bt Hj.Mansor (Isteri), Mohamad Faiz (Alang) dan Rohani Bt Alias.

Jam menunjukkan 11.50 am waktu bandung, pesawat kami mendarat di lapangan terbang Bandara Husain  Sastranegara Bandung. Kesilapan teknik berlaku dimana waktu bandung lewat satu jam. Kami menunggu hampir satu setengah jam baru van dan pemandu arah sampai. Kami terus dibawa makan tengahari di Restoran Selera Padang.
Herbalis Intibah 1 Hj Sahir Bin Naim dan Herbalis Hj Jumani Intibah 1 dan Batam Indonesia turut serta pada Lawatan . Bergambar selepas menjamu selera di Restoran Selera Padang.

Berbincang dengan Pak Aris berkenaan lawatan untuk hari seterusnya, sambil makan malam di 
Darul Jannah Cottege
Sedang menjamu selera dengan 30% diskaun. sungguh murah dan makanan memenuhi kehendak selera peserta lawatan.

LAWATAN HARI KEDUA 20HB.FEBRUARI 2011

Alhamdulillah kami bangun sekitar 4.00 am waktu Bandung, subuh jam 4.37am. Bersolat jumaah di Masjid sementara Darul Tauhid kerana masjid asalnya dalam pembinaan dan ubahsuai.Tempat jam 5.30 pagi van dan pemandu lawatan telah siap sedia untuk ke Tangkuban Perahu.

Bergambar di Lobby bersama pengiring lawatan sebelum bertolak ke Tangkuban Perahu.



Sarapan pagi Bubur Ayam dan Lontong Kari.
 Bergambar di atas tebing kawah gunung berapi Tangkuban Perahu yang masih aktif belerangnya.

  Di Kebun Teh Kedawang-Subang

Di Cawangan HPA Bandung
 Team Herbalis Ustaz Radzi di Kuliah Umi Rosdiana di Pesentren Babusalam untuk peserta kursus Tibbun Nabawi
Herbalis Hj Shahir,Herbalis Hj Jumani dan Alang khusus mendengar kuliah Kelebihan Sengatan Lebah. 
Ibu Ida Hidayani dan Ibu Umi Rosdiana sedang memberi taklimat berkenaan kelebihan sengatan lebah.

 Selepas Kuliah kami terus ke lokasi ternakan lebah secara tradisional, menurun bukit dengan tangga.
 Menjamu selera makan tengahari ala makanan Sunda di kebun Lebah di Ceribul Dago.
 Ayam kampung goreng, tempe,sayuran, tahu dan sambal cili.
 Team Herbalis Ustaz Radzi dan ibu ida menjamu selera.
 Honey comb juga dihidangkan.
 Yong menjamah honey comb dengan selera sekali
 Alang bergambar di sarang lebah bentuk bulat

 Menurun bukit dari kebun lebah.
Tempat ternakan lebah tradisional

HARI KE TIGA 21HB.FEBRUARI 2011
  Setelah 2 malam di Darul Jannah maka tiba masanya kami check-out untuk pindah ke Rumah Rehat Ungu. sebelum sarapan kami telah menjalani analisa tubuh dengan melihat kondisi tubuh di sini.

 Sarapan pagi

 Bergambar di lobi
 Talimat oleh Pengarah Pusat Kajian Komputer Pak Iwan (Lipidrisma) Bandung.
 Bergambar bersama Pak Ana bagaiman nak operasi software Iridologi
Team Herbalis Ustaz Radzi bergambar dengan Pak Ana Hidayana setelah 3 jam ditunjukajar cara menggunakan software Iridologi di kantornya.
 Selepas solat zohor makan tengahari di kantin Institut Teknologi Bandung

 Yong Bergambar di pusat Sakura tempat membeli belah peralatan bekam,lancet,jarum,peralatan akupuntur dan seumpamanya.

 Makan Malam selepas membeli belah di Pasar Baru bersama pengarah Urusan Rumah Sehat Iqra Pak Haris.

HARI KE 4 22HB.FEBRUARI 2011

Setelah sarapan Pagi kami ke Rumah Sehat Iqra untuk kursus Bekam Lintah. Kami telah disambut dengan begitu mesra oleh kakitangan dan Pegawai termasuk Pengarah Urusan pusat tersebut.
 Ida Hidayani menyampaikan info berkenaan keistemewaan Bekam Lintah dalam perubatan alternatif

 Makan Tengahari di Kursus Bekam Lintah Rumah Sehat Iqra
 Pak Aris sempat juga memberi info semasa makan tengahari.
 Team Herbalis Ustaz Radzi (wanita) bergambar bersama Herbalis Jamilah dari Lisbon Portugal. Dua Tahun Masuk islam dan belajar Tibbun Nabawi selama 6 bulan di Bandung,
 Herbalis Jamilah Taaruf diperhatikan oleh Ida Hidayani dan Siti Hasanah.
 Bergambar bersama setelah Kursus selesai dengan mendapat sijil tamat latihan bekam Lintah
 
 Ustaz, Isteri dan 2 anak Lelaki bergambar, syarat wajib bekam lintah (Point jantung) di lidah
 Herbalis Nor Raidah Bt Mansor.
 Herbalis Intibah 1, PJS Tuan Hj Shahir Bin Naim Bekam Lintah di Lidah dan pelipis mata.
 Herbalis Aiju bergambar dengan sahabat dari Banting Selangor, semasa membawa suaminya dirawat di Rumah Rehat Iqra.
 Mohamad Faiz melepasi syarat bekam lintah di Lidah untuk dapat sijil kursus bekam lindah.
 Ustaz juga tidak ketinggalan point jantung dan gambar bawah pembekuan darah di ibu jari kaki.

 Point jantung dan resdung
 Intan Nur Azreen tidak ketinggalan mencuba.

Faiz juga pegang lintah yang telah kenyang.
 Makan malam di Umpera

 bergambar semasa makan malam ala selera sunda
  
 Ustaz Radzi, Herbalis Hj Shahir dan Herbalis Hj Jumani
 Bergambar di Depan Umpera
 En Azmi dari Banting Selangor menerima rawatan di Rumah Sehat sebelum makan malam di Umpera Bandung
 Kedua teh siti, pengiring lawatan Team Ustaz Radzi di Bandung


Belajar Rawatan Gurah ala Bandung dengan menggunakan santan dan vco bercampur cabai rawit

HARI KE 5 PADA 23HB.FEBRUARI 2011

 Bersiaran di MQ FM  Bandung bersama CEO Rumah Rehat Iqro Pak Aris berkenaan rawatan alternatif jantung dan info terkini.
 Team Herbalis Ustaz Radzi bergambar bersama Pak Aris di MQ FM Bandung.

 Mohamad Faiz Bergambar bersama Juruhebah MQ FM Bandung selepas Ustaz bersiaran 1 jam 9.00am.
 
 Team Herbalis Ustaz semasa persiapan untuk berlepas di balai berlepas
 
   Selamat sampai di lcct 20 minit lebih cepat daripada masa biasanya 2.40pm.

 Gambar di MQ FM Bandung





 Selamat Sampai Ke LCCT
Sesiapa yang ingin mengadakan lawatan sambil belajar seperti diatas dan yang ingin mencari rawatan alternatif berkenaan masalah jantung, pembuluh jantung, jantung berlubung dan seumpamanya boleh cuba beriktiar dengan rawatan di Rumah Sehat Iqra Bandung dengan berhubung dengan saya Ustaz Mohamad Radzi 013-6697491 atau Herbalis Nor Raidah 013-3697491, 

SETIAP SAKIT ADA UBATNYA, CUMA BELUM BERTEMU PENAWARNYA. SAKIT DARI ALLAH DIMANA ALLAH JUGA PENYEMBUHNYA. TIDAK DITURUNKAN PENYAKIT TANPA PENAWARNYA. YANG SAKIT WAJIB BERIKHTIAR DAN BERUSAHA KEARAH PEYEMBUHAN. SEKIRANYA SUDAH BERUSAHA TIDAK JUGA SEMBUH MAKA SAKIT ITU ADALAH BUNGA KASIH ALLAH PADA PEAKIT YANG SABAR.....



1 comment:

  1. Assalamualaikum,

    ustaz ada tak kursus bekam ni di SHAH ALAM atau SG BULOH, atau tempat lain, akan datang ni..

    salam
    SANIE 0192244303
    SUNGAI BULOH/MERU/PUNCAK ALAM

    ReplyDelete