Wednesday, January 12, 2011

AKUPUNTUR






Pengenalan Akupuntur

Akupuntur berasal daripada perkataan Latin di mana acus bermaksud jarum dan pungere bermaksud cucuk.. Akupuntur adalah sejenis perubatan yang menggunakan teknik tusukan jarum-jarum halus pada titik tertentu badan yang lebih dikenal sebagai ‘ acupunture point ’. 

Rawatan akupuntur boleh dikatakan telah digunakan oleh pelbagai masyarakat kuno tamadun awal seperti orang-orang Bunti Afrika, Arab Tigris, Mesir kuno, India dan China. Namun begitu, ahli-ahli perubatan memberikan penghormatan mereka kepada China. Hal ini kerana amalan akupuntur ini telah lama diamalkan oleh rakyar China iaitu sejak 4000 tahun dahulu dan diteruskan sehingga hari ini. 

Sejarah juga ada membuktikan bahawabangsa China merupakan bangsa pertama di dunia yang mencatatkan sejarah dalam perubatan akupuntur. Hal ini terbukti apabila Maharaja China telah menulis dengan lengkap dalam bukunya yang bertajuk ‘ Huang ti The Yellow Emperor Canon of Medicine ’yang dikarang pada tahun 2000 SM. Buku yang diterjemahkan masih berada dalam simpanan seorang penulis di Beijing, China.



Ciri – ciri Akupuntur

Rawatan akupuntur berbeza sedikit di antara cara rawatan masyarakat kuno China dengan rawatan masa kini. Dahulu, masyarakat kuno China menggunakan batu – batu tajam, kayu dan buluh sebagai asas rawatan untuk menekan dan menusuk pada bahagian – bahagian tertentu. Tetapi kini, alat – alat asas ini diganti dengan cara yang lebih moden iaitu penggunaan jaurm – jarum yang halus yang telah disterilkan atau disucihamakan. Jarum – jarum ini diperbuat daripada pelbagai bahan logam seperti jarum silver atau jarum perak, jarum copper atau tembaga, dan jarum emas.

Jarum emas adalah jarum termahal di kalangan jarum – jarum halus. Jarum ini dipercayai dapat mengeluarkan tenaga ‘ Qi ’ 100 kali ganda daripada jarum silver. Tenaga Qi adalah tenaga yang menggerakkan jasad kita. Jika pengaliran tenaga ini terganggu, maka badan kita akan berasa sakit. 

Pada jarum-jarum halus tersebut, sudah tersedia magnetik iaitu kuasa ubat terhadap jarum tersebut. Hal ini membolehkan kita berasa seperti berdenyut – denyut, kebas, berat dan bengkak apabila jarum - jarum tersebut ditusuk pada suatu titik khas di badan. Rasa yang kita alami ini dikenal sebagai ‘ Deqi ’ dan ia mengeluarkan arus elektrik melalui apa yang dinamakan sebagai kolestrol, channel, atau meridian. Dalam hal ini, kesemua rasa kesakitan atau bisa dikeluarkan melalui kuasa Qi yang secukupnya dan seterusnya memberi kelegaan dan menyembuhkan penyakit.

Pengamal perubatan akupuntur menyatakan bahawa terdapat 365 titik akupuntur yang utama dan lebih 1000 titik akupuntur luar biasa pada tubuh manusia. Titik akupuntur luar biasa wujud apabila sesuatu penyakit pada organ badan kita akan mewujudkan rasa sakit dan bengkak di tempat yang jauh daripada organ kita. Sebagai contoh, kesakitan pada diafragma boleh menyebabkan rasa sakit di hujung bahu.. 


Pengamal akupuntur juga mengelaskan sebahagian besar titik akupuntur kepada 12 kumpulan utama di mana titik – titik ini digabungkan melalui Meridian. Meridian yang mempunyai 12 meridian utama mengawal edaran seks, paru-paru, usus besar, perut, limfa, jantung, usus kecil, pundi kencing, buah pinggang, pundi hempedu, triple warmer dan hati. Dalam pada itu, jumlah titik akupuntur pada meridian adalah berbeza. Sebagai contoh meridian jantung mempunyai sembilan titik manakala meridian pundi kencing mempunyai 67 titik.

Seorang penyelidik kesakitan terkemuka, iaitu Dr. Ronald Melzack menyatakan bahawa tekanan pada titik – titik tertentu adalah berkaitan dengan pola kesakitan dan sesuatu rangsangan yang singkat tetapi berkeamatan tinggi pada titik itu melalui jarum halus dapat melegakan kesakitan. Selain itu, penyelidikan saintifik tentang akupuntur telah dijalankan di Amerika Syarikat yang menunjukkan otak mengeluarkan ‘ endorfin ’ yang boleh melegakan kesakitan secara semulajadi semasa rawatan akupuntur. Di kebanyakkan negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, dan Hong Kong di mana terdapatnya ramai penagih dadah jenis Heroin,mereka menggunakan cara rawatan akupuntur kerana ia dapat meningkatkan kadar endorfin dalam badan. Hal ini kerana kebanyakkan penagih dadah mempunyai kadar endorfin lebih rendah dalam cecair spina mereka. 



Pada tahun 1965, Ronald Malzack dan Patrick Wall iaitu penyelidik kesakitan telah mengesyorkan satu teori tentang kewujudan sejenis ‘ pintu ’pada setiap tahap saraf tunjang. Pintu tersebut sentiasa tertutup dan tidak membenarkan rangsangan kesakitan sampai ke otak . Selain itu , pintu dalam saraf tunjang itu dikawal oleh dua rangsangan secara berterusan . Sesetengah rangsangan itu cuba menutup pintu dan sesetengah rangsangan lain pula cuba untuk membuka pintu. Namun kelebihan lebih memihak kepada rangsangan untuk menutup pintu dan hal ini menyebabkan kesakitan tidak dirasai walaupun rangsangan wujud. Namun begitu, rawatan melalui akupuntur boleh bertindak untuk membuka dan menutup pintu dalam saraf tunjang secara berkesan.

Bentuk – Bentuk Akupuntur Moden

Di dalam akupuntur moden hari ini, terdapat pelbagai teknik yang diamalkan oleh ahli-ahli akupuntur atau pengamal akupuntur. Secara keseluruhan terdapat lebih daripada 11 bentuk akupuntur moden. Antaranya adalah akupuntur klasik di mana kebiasaanya menggunakan jarum-jarum halus sebagai rawatan . terdapat juga akupuntur elektrik di mana ia menggunakan stimulator elektrik voltage rendah supaya tidak membahayakan pesakit dan akupuntur elektronik yang menggunakan alat-alat elektronik kecil. 


Selain itu, akupuntur bekam darah menggunakan acu bekam untuk menggeluarkan darah kotor dari badan kita. Terdapat juga akupuntur bekam yang menggunakan acu bekam untuk menyedut keluar angin dari badan kita. Akupuntur mosibusi ialah akupuntur yang menghangatkan pada titik-titik tertentu. Manakala akupuntur urut yang meliputi pelepasan tekanan, urut ( massage ) dan reiki. Selain itu, terdapat juga akupuntur homeopathy, akupuntur mata, kepala, telinga, dan sebagainya.
 
Rawatan Akupuntur 

Akupuntur dikatakan salah satu kaedah rawatan Hipnosis dan berkesan dalam rawatan sebagai ubat penahan sakit atau Anestetik . Pesakit juga boleh berada dalam keadaan sedar ketika mereka menerima rawatan akupuntur. Misalnya, pesakit boleh memberitahu pengamal akupuntur sekiranya jarum tidak ditusuk pada titik akupuntur . Rawatan akupuntur juga boleh digunakan dalan merawat seseorang yang terkena pancaran kilat. Hal ini terbukti apabila rawatan ini telah dapat memulihkan kulit seperti sedia kala. 

Titik akupuntur mempunyai sifat elektrik yang sangat luar biasa. Titik-titik ini mampu mengalirkan aliran elektrik disekeliling kulit dan pada kawasan yang berdekatan atau berkaitan. Namun, apa yang luar biasa adalah titik akupuntur berubah mengikut emosi pesakit. Jika ditinjau mengikut cara perubatan Cina ia dikaitkan dengan tenaga Qi dan konsep Yin dan Yang. Konsep Yin dan Yang membawa maksud organ dalam tubuh yang baik dikenal sebagai Yin dan Yang pula dikenal sebagai organ dalam tubuh yang kurang baik. Keseimbangan dalam Yin dan Yang menentukan kestabilan kesihatan badan . 

Perubatan Cina juga mengkaitkan hubungan cuaca dengan 5 unsur iaitu kayu, air, api, logam, dan bumi dengan kesihatan dan penyakit. Manakala organ dalam tubuh badan dikaitkan dengan 5 unsur serta Yin dan Yang. Sebagai contoh hati dikaitkan dengan kayu, jantung dengan api, limfa dengan bumi. Namun begitu, perkara yang paling utama dalam kaedah akupuntur adalah diagnosis nadi. Kaedah ini adalah penting kerana ia dapat mengesan penyakit yang pernah dihidapi. Hal ini memudahkan pengamal – pengamal akupuntur mengenal pasti dengan mudah latar belakang perubatan pesakit berkenaan. 
 
Selain itu, pengamal akupuntur tradisional juga boleh mengukur tahap tenaga dalam meridian dengan memeriksa nadi arteri radial pada pergelangan tangan. Tahap tenaga dalam meridian ini boleh mencapai sehingga 14 jenis nadi arteri pada kedua–dua pergelangan tangan . Namun begitu, ahli-ahli akupuntur berpendapat 5 atau 6 nadi sahaja yang boleh dikesan bagi tujuan perubatan
 
Selain itu, pengamal akupuntur tradisional juga akan memeriksa lidah, warna, tisu kulit, tisu rambut, pergerakkan dan kedudukan tubuh , pernafasan dan bunyi suara dalam rawatan akupuntur. Di samping itu, gaya hidup , diet, senaman tidur yang mencukupi, fobia, dan reaksi terhadap penyakit turut diambil kira. Proses ini dikenal sebagai ‘ Mempalpat ’ iaitu mendiagnosis gangguan pengaliran Qia dan serangan penyakit terhadap organ dalaman. 

Keberkesanan Rawatan Akupuntur

Pengamal akupuntur berpendapat bahawa hanya kemahiran dalam mempraktikan akupuntur dapat mencapai rawatan yang dikehendaki iaitu mengetahui di mana hendak merangsang kulit . Walaupun terdapat banyak cara untuk merangsang kulit seperti moxibustion, urut , elektrik, getaran, mekanikal, panas, dan hayunan magnetik di amalkan secara meluas namun kaedah yang terbaik adalah kaedah rangsangan jarum.

Jarum akupuntur yang terdiri daripada jarum silver diperbuat daripada aloi perak dan semua jarum adalah berjenis besi berkalis karat Selain memastikan kedudukan jarum tepat pada titik akupuntur, keberkesanan rawatan akupuntur bergantung kepada jumlah jarum akupuntur yang digunakan, kedalaman menembusi kulit, tempoh jarum itu ditusuk pada titik akupuntur dan jumlah rawatan yang dijalankan. 

Apabila titik akupuntur yang berkaitan dikesan, jarum akupuntur akan dicucuk pada kulit pesakit dan dibiarkan beberapa lama iaitu dari beberapa saat hingga ke beberapa minit. Sesetengah pengamal akupuntur akan memutarkan jarum dengan menggunakan hujung jari yang bertujuan untuk merangsang titik akupuntur . Selain itu, mereka juga akan merangsangkan titik akupuntur dengan menggunakan jarum elektrik.

Pesakit tidak akan berasa sakit ketika rawatan akupuntur dijalankan. Hal ini kerana jarum yang digunakan adalah sangat tajam dan hanya beberapa milimeter sahaja dimasukkan ke dalam kulit pesakit. Bagi pesakit yang menghadapi penyakit yang agak kronik rawatan dijalankan sebanyak sekali atau dua kali seminggu. Sebaliknya, rawatan yang lebih kerap diberikan bagi penyakit yang agak kritikal. Sesetengah pesakit memerlukan empat atau lima rawatan akupuntur sebelum melakukan sebarang perubahan pada dirinya seperti berasa santai, segar, dan mampu menjalankan aktiviti seharian.

Penyakit Yang Diubati Oleh Akupuntur

Rawatan melalui akupuntur mempunyai banyak kelebihan kerana ia dapat menyembuhkan banyak penyakit. Badan Kesihatan Dunia ( WHO ) telah menggariskan beberapa penyakit yang dapat dirawat dengan baik melalui kaedah akupuntur. Kaedah rawatan ini dapat merawat gangguan dalam sistem pernafasan iaitu sinusitis, selesema, dan tonsilitis. Manakala bagi gangguan pencernaan seperti gastrik, sembilit, cirit-birit dan paralysis usus. Selain itu ia juga merawat gangguan pada mata seperti sakit mata awal dan retinismyopia dan gangguan mulut seperti sakit gigi, gusi dan halkum. 

Selain itu, penggunaan kaedah rawatan akupuntur juga berkesan pada penyakit yang membabit disfungsi proses fisiologi sakit kepala, paru-paru, keadaan reumatik yang agak genting, masalah haid, masalah pencernaan dan masalah saraf. Sebagai contoh, di Britian para doktor telah menggunakan kaedah akupuntur merawat pesakit yang menghidapi sakit kepala dan migrain. Rawatan ini dianggap berjaya di sana apabila 80% daripada pesakit tersebut telah sembuh sepenuhnya .

Di samping itu, beberapa doktor yang telah menyaksikan pembedahan menggunakan kaedah akupuntur turut mengakui bahawa di negara China rawatan perubatan akupuntur bukan sahaja tertakluk pada disfungsi proses fisiologi tetapi juga pada jenis penyakit yang memerlukan rawatan seperti pembedahan caesarean, tumor, pembedahan gigi dan paru-paru pesakit . Kesemua pesakit berada dalam keadaan sedar dan tidak menerima sebarang ubat anestetik. Hanya jarum akupuntur yang dirangsang dengan elektrik di masukkan dalam kulit pesakit.

Kemusykilan Yang Timbul Terhadap Rawatan Akupuntur.

Walaupun kaedah rawatan akupuntur memberikan kesan yang baik kepada pesakit-pesakit, namun masih ada persoalan-persoalan yang ditimbulkan akibat keraguan mereka . Pelbagai persoalan yang ditimbulkan mengenai kesan-kesan penusukan jarum, perbandingan jarum dan sebagainya.

Sebenarnya, rawatan akupuntur mendapat pengiktirafan daripada WHO. Penusukan jarum tidak mendatangkan sebarang kesakitan. Hal ini terbukti apabila jarum-jarum yang digunakan adalah terlalu halus dan ia dicucuk hanya sedalam 0.5 cm hingga 1 cm sahaja. Penusukan jarum hanya bagaikan gigitan semut pada kali pertama .

Selain itu, jarum akupuntur moden tidak mendatangkan bahaya kerana ia adalah dalam keadaan siap terbungkus setelah disterilkan dan sentiasa bersih serta selamat digunakan . 

Di samping itu, masyarakat tidak perlu ragu tentang jangkitan AIDS melalui rawatan akupuntur . Hal ini kerana belum pernah ada sejarah bahawa AIDS merebak melalui jarum akupuntur. AIDS hanya merebak melalui jarum yang tidak bersih, khususnya yang digunakan oleh penagih dadah . 

Kesimpulan. 

Umumnya rawatan akupuntur masih lagi kurang mendapat sambutan walaupun keberkesanan kaedah ini telah terbukti melalui beberapa kajian yang telah dijalankan . Negara China misalnya, mempunyai lebih daripada 500,000 ahli terapi akupuntur manakala Jepun pula mempunyai lebih daripada 30, 000 pengamal akupuntur. Sementara itu terdapat juga segelintir pengamal akupuntur Jerman dan Peranchis yang mengamalkan kaedah ini secara sepenuh masa. Kaedah ini semakin hari semakin berkembang seiring dengan perkembangan pesat teknologi dalam perubatan moden. Hal ini kerana rawatan akupuntur sebenarnya mampu mengubati pelbagai penyakit yang tidak dapat dirawat dengan kaedah moden . Kaedah moden lebih cenderung menggunakan cara pembedahan dan dadah sebagai jalan penyelasaian bagi merawat sesuatu penyakit. 





No comments:

Post a Comment