Thursday, December 2, 2010

Sakit gigi


Kadangkala anda hairan kenapa gigi terlalu kerap sakit sedangkan anda berus gigi pagi dan malam. Sakit gigi juga dikaitkan dengan berlakunya "geseran" gigi pada waktu tidur malam. Ini semua berlaku di luar sedar di mana gigi dirapatkan dengan kuat dan digeser seperti mengunyah sesuatu yang keras. Bunyi geseran boleh kedengaran terutama pada kanak-kanak kecil. Bila ada gigi yang terkena pada gusi,maka keesokan akan mulalah sakit pada gusi tersebut.

Kenapa berlaku geseran pada gigi?
Jawapanya ialah stress.
Orang yang stress akan melepaskan perasaanya pada gigi sewaktu tidur malam. Ini lebih parah jika ia mengambil makanan yang mendatangkan elergi . Berjumpa dengan doktor boleh dilakukan untuk meratakan gigi .
Perubatan herba menggunakan herba berbuku (monokot)untuk perawatan gigi seperti kapsul malac,ardisia atau bulu jagung,buku tebu,buku buluh dan lain-lain lagi. Apapun yang lebih baik, perasaan itu boleh menjadi tenang dengan memperbanyakan membaca al Quran dan berzikir. amin 

Posted by jawimedherb

Kencing Manis.


Orang yang mengidap sakit kencing manis ,tubuhnya sangat mengharapkan sesuatu yang manis. Ini merupakan kecelaruan mekanisma tubuh dalam mengenal pasti antara keperluan dan pemintaan. Bagitu juga dengan orang yang ada masalah darah tinggi sentiasa berkehendakkan sesuatu yang masin. 

Sel perasa di atas lidah sudah tidak lagi dapat memberi petunjuk yang betul kerana baginya sesuatu yang terlalu manis itu baru berada pada tahap manis biasa dan bagitu juga masin. Oleh sebab itu kekuatan akal diperlukan dalam menguasai emosi dan kehendak kerana mekanisma hemeostatik sudah tidak seiring dengan keperluan tubuh.

Sama seperti seorang yang berada dalam bilik hawadingin,walaupun mengalami kekeringan air tetapi tetap tidak haus kerana persekitaran dingin telah mempengaruhi tubuhnya. Akhirnya sesaorang itu akan terasa sakit di bahagian kepala dan pinggang kerana cairan pada otak dan pada tulang lumbar akan digunakan.

Dinasihati pada pesakit kencing manis juga jangan mengambil air ais batu kerana ini juga akan menyebabkan tubuh menjadi lembab untuk bekerja dan gula kemudianya akan ditukar menjadi lemak yang sukar untuk dihilangkan. Minum air hangat atau suam terutama sewaktu hendak tidur malam kerana ini akan membantu mendapatkan tidur yang berkualiti kerana kencing manis dan darah tinggi akan semakin serius jika tidur tidak berkualiti.

Bukan itu sahaja,tidur di awal malam sangat baik untuk penyembuhan kedua penyakit ini daripada tidur lewat kerana penaruh hormone melatonin dalam menurunkan glukosa dalam darah dan tekanan darah tinggi . Proses ini berlaku pada awal malam di mana pineal gland merembeskan melatonin pada 1/3 malam yang pertama bermula dari waktu lepas magrib. 

Meninggalkan makan nasi merupakan satu tindakan drastic untuk menurunkan gula dalam darah. Boleh mengambil nasi dalam kuantiti yang sedikit pada waktu tengahari dan jangan ambil pada malam hari.

Kencing Manis yang serious memerlukan displin pemakanan yang kuat kerana tanpa displin masalah penyakit ini sukar diubati. Jangan memandang mudah pesakit kencing manis yang luka kerana luka tersebut akan menyebabkan berlakunya jangkitan kuman dan pesakit boleh jadi koma dan meninggal. 

Penyakit kencing manis juga akan menjadikan tubuh malas untuk bergerak ,mengantuk dan suka tidur lepas makan. Makanan akan member kesan tenaga sebentar sahaja kemudian menggigil semula dan memerlukan makanan lagi. Makanan kebanyakannya akan ditukar menjadi lemak dan terjadilah obesiti. Lama kelamaan gula akan merosakan buah pinggang,melemahkan jantung mengakibatkan tubuh semakin ditekan dengan penyakit penyakit baru.

Mengambil herba sama seperti menyapu sampah sarap daripada longkang yang tersumbat. Kadar gula akan semakin berkurangan hasil sinergi antara pemakanan dan ubatan. Ubatan menjadi penyapu dan pemakanan tanpa gula,beras,santan dan roti menjadi air yang akan turut mengalirkan sampah keluar tubuh. Tanpa makanan ,herba tidak berkesan dan tanpa herba makanan juga tidak berkesan. Inilah yang kita perlu tahu untuk perubatan herba yang berkesan InsyaAlah.

Posted by JawiHerbShop

KENALI USUS ANDA



RAMAI tidak mengendahkan kepentingan untuk mengekalkan sistem penghadaman yang sihat hinggalah kesihatan mereka terjejas.

Seorang yang normal akan mengambil lebih kurang satu kilogram makanan sehari. Ini bermakna kita akan makan lebih kurang 365 kilogram makanan setiap tahun!

Walaupun kita memasukkan banyak makanan ke dalam usus kita, namun kita masih belum benar-benar menghargai kepentingan kesihatan sistem penghadaman. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, penyakit sistem penghadaman menjadi punca keenam utama kematian di hospital kerajaan sepanjang 2008.

Kita perlu ingat bahawa keadaan sistem penghadaman seseorang akan mempengaruhi kesihatan dan kesejahteraan diri secara keseluruhan. Ia bukan sahaja memainkan peranan penting dalam penghadaman dan penyerapan nutrien, malah turut merupakan sebahagian daripada sistem imun dan saraf. Sudah tiba masanya untuk kita mengutamakan sistem penghadaman kita!

BAGAIMANA USUS BERFUNGSI (PENCERNAAN)


Sistem penghadaman adalah penting untuk memastikan makanan yang dimakan akan dihancurkan, dihadam dan diserap untuk memberi kita tenaga.Makanan yang kita makan akan melalui saluran makanan (mulut, esofagus, perut, usus kecil dan besar) dengan bantuan organ "tambahan" sistem penghadaman (hati, pankreas dan pundi hempedu).
Mulut - Penghadaman akan bermula sebelum makanan memasuki mulut. Bau makanan akan merangsang air liur. Inilah sebabnya mengapa air liur akan keluar apabila anda lalu di hadapan sebuah kedai biskut. Penghasilan air liur akan bertambah apabila anda mula menggigit makanan. Air liur yang mengandungi enzim seperti amilase akan menyumbang kepada proses kimia penghadaman, iaitu proses yang memecahkan nutrien kompleks kepada bentuk yang lebih ringkas, serta membantu menjadikan makanan lebih lembut dan mudah ditelan.

Esofagus - Dari mulut, makanan akan melalui esofagus, suatu tiub sepanjang 10 inci. Makanan akan ditolak ke dalam perut menerusi pergerakan peristalsis (pergerakan seakan ombak) oleh dinding esofagus yang berotot. Makanan biasanya akan mengambil masa lebih kurang 10 saat untuk sampai ke perut setelah ditelan.

Perut - Anda boleh menganggap perut sebagai pusat pemproses makanan badan. Ia akan menggaul, mengisar dan melumatkan semua makanan di dalam perut. Apabila makanan digaul, perut akan menghasilkan jus gastrik, yang mengandungi asid hidroklorik, bagi membantu penghadaman. Pada kebiasaannya, makanan akan tinggal di dalam perut selama 4 jam. Persekitaran berasid perut (pH 1 hingga 2) akan membolehkan makanan menjadi cecair pekat yang boleh dihadam dan diserap dengan mudah.

Usus Kecil - Dari perut, makanan akan melalui usus kecil. Jangan terpedaya dengan perkataan 'kecil' ini kerana usus kecil anda sebenarnya melebihi 6 meter panjang. Ia merupakan tempat utama bagi penyerapan nutrien. Pada permukaan usus kecil terdapat struktur seakan jari yang dikenali sebagai 'vili' dan pada permukaan vili ini pula terdapat struktur yang seakan jarum. Struktur vili yang unik ini akan menambah luas permukaan usus kecil dan membolehkan penyerapan nutrien yang lebih baik. Apabila dibentangkan, luas permukaan usus kecil anda adalah sebesar satu gelanggang tenis. Penyerapan bermula apabila molekul makanan menembusi vili untuk memasuki rangkaian kapilari darah. Aliran darah akan membawa molekul- molekul halus ini ke bahagian-bahagian tubuh yang lain untuk menjalani penukaran kimia yang seterusnya menjadi nutrien dan tenaga yang diperlukan oleh tubuh untuk meneruskan kehidupan.


Usus Besar- Tujuan utama usus besar adalah untuk menyerap sebanyak air yang boleh daripada makanan yang dimakan. Bahagian yang tidak diserap akan membentuk fesis yang terdiri daripada 75 peratus lembapan dan 25 peratus pepejal. Fesis akan disimpan di dalam bahagian terakhir usus besar yang dikenali sebagai rektum, dan akhirnya akan keluar daripada tubuh dalam bentuk tinja.
Hati - Hati menghasilkan hempedu, sejenis bahan penghadaman yang memecah lemak dan meneutralkan asid makanan. Hempedu akan dihantar ke pundi hempedu untuk disimpan.

Pundi Hempedu - Fungsi utama organ ini adalah untuk menyimpan hempedu yang akan dirembes ke dalam usus kecil apabila terdapat kehadiran makanan.

Pankreas - Pankreas merembes enzim yang akan memecahkan lemak, karbohidrat dan protein secara kimia.
Walau bagaimanapun, sistem penghadaman tidak mampu melaksanakan semua tugas-tugas ini dengan sendiri. Sebagai contoh, tidak semua makanan yang kita makan boleh dihadam. Untuk tujuan ini, tubuh memerlukan bantuan tambahan - ia memerlukan bakteria.
Posted by HERBALIS JAWI