Thursday, March 10, 2011

Kursus Asas Bekam (Al-Hijamah) siri 2/2011 Putrajaya.

Gambar kenangan kursus bekam lintah di Bandung
Memahami cara kerja bekam tanduk
Kursus Bekam ini ada diadakan pada 26hb.Mac.2011 di Dewan Mesyuarat Komiti Kejiranan Presint 16 Putrajaya. Yuran Penyertaan RM 90.00 . Minum pagi/petang, makan tengahari berserta sijil Kehadiran akan diberikan kepada peserta. Sila hubungi saya Ustaz Mohamad Radzi Bin Hj Ariffin 013-6697491(atau sms nama dan No Kad Pengenalan untuk sertai).

Tentatif Program. 8.30 pagi pendaftaran, 9.30 taaruf dan mukadimah 10.30 minum pagi. 11.00 teori. 1.30 solat zuhor dan makan tengahari. 2.15pm sambung teori dan terus praktikal. Alatan bekam untuk dijual seperti alat bekam 12 cupping RM 80.00. Pen lancet emas RM 65.00, Plastik 40.00. Handle pisau bedah Rm 15.00 pisau bedah Rm 1.00 satu mata pisau (German) jarum lancet .30 sen(satu). sila buat booking jika berminat.

Diantara perkara yang disentuh ialah, saranan berbekam, hadis-hadis tentang berbekam, keterangan bekam guna jarum lancet, pisau bedah, tanduk, kaca dan bekam lintah. Insyallah.

Pengalaman menganjurkan kursus bekam dari 2007 lagi membantu peserta bagaimana memahami konsep bekam yang patut difahami oleh semua peserta yang berminat.

Diantara alat pen lancet,jarum lancet, pisau bedah dan bandle yang digunakan untuk mengeluarkan darah.
Praktikal  juga di demokan
Praktikal sebelah petang
Gambar kenangan selepas kursus
Semasa kursus Bekam Lintah di Bandung
Bekam Guna Pisau di terangkan dalam kursus ini

Program Al-Hijamah dan Iridologi di Kolej MARA Seremban.


Kelab Staf dan Rekreasi KMS di bawah Unit Kerohanian telah menganjurkan satu program penerangan tentang Kebaikan berbekam.  Majlis ini berlangsung pada 7hb. Mac.2011. Tujuan diadakan program ini ialah untuk memberi penerangan dan fahaman bahawa Berbekam adalah sunah Rasullulah yang di anjurkan oleh para malaikat semasa nabi di isro’kan.

Penerangan berkenaan berbekam pada jam 2.30pm. manakala praktikalnya jam 4.00 pm dimana 3 staf mengambil bahagian mencuba kaedah bekam sebagai satu metode pengubatan.  Kesemua model dalam promosi bekam yang tamat jam 4 30 pm menyatakan kebaikan bekam dan anggota ringan terutama apabila di bekam di kepala.
Pembekaman baru mula
Setelah berlalu 3-4 minit.
Point Ar-Ro'sun salah satu titik bekam nabi yang banyak manafaatnya.
Darah berbentuk Jelly (kental) yang menyumbat saluran kapilari tubuh menyebabkan imuni down.
Darah yang bertoksid yang harus di bekam bagi mengekalkan sistem imuniti ditahaf mantop
Proses membersihkan darah yang menyumbat.

Selepas info bekam ini timbul beberapa persoalan yang dikemukakan oleh staf yang tidak ada kesempatan untuk mengikuti semasa penerangan dibuat. Minat dalam arena metod perubatan bekam insyallah akan mendapat tempat dikalangan pensyarah dan staf Kojej insyaallah.

Disebelah pagi antara jam 9.00 am ke 1.00TH satu pemeriksaan mata melalui iris yang dinamakan Iridologi. Dengan bantuan kamera dan software lipidrisma 11 staf kolej telah berkesempatan membuat rawaran secara pecuma. Pembantu saya Cik Intan Nur Azreen telah memeriksa iris mata dimana seluruhnya didapati mengalami permasalahan dan ketindakan seimbangan sistem pencernaan(Usus), sistem pengencingan(ginjal). Betul kata Nabi bahawa bermulanya punca penyakit adalah dari perut.

Semoga dengan pemeriksaan ini dapat membantu memberi amaran awal kepada diri untuk bertindak dan bersiap sedia mengatasi dan mengelakan kelemahan yang perlu difahami. Kelemahan sistem daya tahan tubuh (imum) adalah faktor yang penting perlu di titik beratkan. Disamping itu pematangan perlu juga di jaga agar sistem ketahanan dayatubuh tidak diganggu gugat. Kita ni pantang juga, tetapi pantang jumpa, ikut selera tekak. Ubahlah sedikit demi sedikit agar kesihatan kita mantop dengan izin Allah.
Puan Noor Hayati Hamid membantu Puan Zainabi semasa pemeriksaan Iridiologi
Cik Intan Nur Azreen membetulkan fokosin untuk mendapatkan kedudukan gambar yang tepat
Peserta awal Puan Zainabi masih mejalani pemeriksaan dibantu oleh Puan Yati
En Zulkifli tidak ketinggalan menyertai Pmeriksaan Iridiologi
Puan Norly Salim dan Cik Intan sedang meneliti hasil pemeriksaan iridiologi
Puan Norhayati Yasin dan En Mohd Rais tidak mau ketinggalan
Cik Norhayati Yasin juga sedang menanti hasil pemeriksaan Irediologi
En Zainuddin juga tidak melepaskan peluang sambil di perhatikan oleh Puan Salamah Ismail
Puan Salamah Ismail turut mengambil bahagian dalam pemeriksaan Iridiologi yang julung kali diadakan di KMS
Menetukan fokos yang tepat menghasilkan keputusan yang 95% ketapatan kelemahan Organ dari stage satu
En Azmi Hussin tidak mahu ketinggalan.


Diantara cara untuk meningkatkan kekebalan tubuh badan ialah disarankan berbekam. Tidak diturunkan penyakit tanpa penawarnya. Turunnya sakit dari Allah dan Allah jua yang mengubatinya. Hanya kita yang perlu berusaha dan berikhtiar untuk menemukan kaidah perawatan dan ketepatannya. Sekiranya tidak sembuh jua ketahuilah bahawa itulah bunga kasih Allah serta sabar dengan ketentuannya.    
  

Tuesday, March 8, 2011

KELAS ASAS PERAWATAN.


Alhamdulilah dengan izinnya, kami bersama-sama berfikir dan berbincang setiap minggu untuk belajar mempelajari asas perawatan, synergy herba, kaidah terapi yang seiring dengan kemahuan dan minat untuk mengamalkan untuk diri dan keluarga. Pada 2hb.Mac.2011 salah seorang rakan belajar kami sebelumnya adalah peminat atau hobi memelihara ular.

 Akif dan Ustaz baru belajar pegang ular.

Pada tarikh ini En. Rahim telah membawa 2 ekor ular sawa baka Afrika untuk memberi peluang mendekati haiwan. Apa yang berlaku ada  diantara nya tidak senang duduk. Apabila diberi taklimat tentang tabiaat haiwan reptilia ini maka saya dan isteri serta Akif memberanikan diri untuk memegang ular ini. 
 Herbalis Kak Aida dan Nurmarzurah pun masih takut-takut menghampiri reptilia ini.

Bukan ada terapi dengan ular atau apa-apa, tetapi peluang sudah ada dihadapan, apakah salahnya kita mencuba memegangnya. Sebenarnya kalau tahu teknik dan memahami prinsip sesuatu aspek itu kita akan jadi yakin dan dapat menguasai sesuatu ilmu itu dengan sempurna. Begitu juga sebelum ini kita dapat mengetahui kelebihan yang ada kepada haiwan Lebah, Lintah dan kini ular pula. Tapi ular belum ada ditemui terapinya, jangan kita mengambil kaidah semuanya menjadi terapi. Mohon kepada Allah bahawa setiap kejadian itu ada faedahnya, tetapi kita belum diizinkan menemuinya.
waallahuaklam.