Tuesday, February 8, 2011

TERAPI AUTIS.


Autisme, iaitu gangguan/kerosakan sistem saraf diantaranya akibat keracunan logam berat( raksa) merkury sebelum anak berusia 3 tahun. Mengigatkan faktor utama adalah keracunan, maka terapi yang diandaikan ialah Rukyah dan bekam secara kerap ( sekali sebulan). 

Sekali gus memberikan herba yang efektif membersihkan racun, meningkatkan imuniti serta memperbaharui sel yang rosak. Titik bekam bagi anak kurang sepuluh (10 tahun) di Al-Kahil, Al-Katifain dan Ad-Dhohru (Pinggang). Bagi mereka yang atas sepuluh(10 tahun) ditambah pada Ummu Mughits (Kepala).

Herba yang mujarab adalah madu, jintan hitam, air zam-zam, air kelapa muda yang diamalkan secara terus menerus. Selain daripada itu bertaubat dan doa kedua orang tua secara sungguh=sungguh untuk kesembuhan anaknya. Kerana tidak ada ertinya bagi Allah Ta’ala memperbaiki jaringan saraf  yang hancur sekalipun.

Adapun untuk membersihkan pengaruh racun bisa dengan rutin berbekam atau menggunakan herba unggul yang berkhasiat membersihkan darah dan tubuh yang beracun, diantaranya madu, habbatussaudah, minyak zaitun dan menghindarkan makanan dan minuman yang mengandungi bahan pengawet, pewarna dan perasa.

Ubat herba HPA  Deep clensing ( ambil 1 pagi selepas sarapan dan 1 kapsul lepas makan malam )dan Mega 3 (2 kapsul selepas sarapan dan 2 kapsul selepas makan malam) juga amalkan rutin refleksologi point saraf dan kiropraktik) Insyaalah ada pengalaman 6 bulan sembuh. Segala sakit dari Allah dan Penawarnya juga dari Allah. (WALLAHUA’LAM)

Monday, February 7, 2011

Apa itu Stevia?


Stevia Rabaudiana merupakan spesis pokok herba daripada keluarga bumi matahari dan sangat sesuai sebagai penghias penutup bumi. Pokok stevia berasal dari Amerika Selatan. Di Malaysia ia juga digelar sebagai Pokok Gula kerana kemanisannya yang setanding gula. Ia juga turut dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf ataupun sweet herb. Rasa manis pada daun stevia disebabkan kandungan bahan aktif stevioside dan juga rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi sehingga 200 celsius dan mempunyai p.H yang stabil.

Info Penggunaan

Paling sesuai untuk penyakit diabetes.Sesuai digunakan untuk penyediaan makanan dan minuman.10g ekstrak stevia boleh bertahan sehingga 2 bulan bagi anda yang mengambil 6 – 7 gelas minuman manis sehari. 

Kajian Mengenai Stevia

Ekstrak stevia dikatakan 200 – 400 kali (mengikut gred) lebih manis dari gula biasa Tetapi apa yang unik mengenai pemanis semulajadi yang berasaskan Stevia ini ialah ia Sifar kalori, Sifar lemak, Sifar kolestrol, Sifar protein, Sifar toksid, Sifar glukos dan Sifar karbohidrat.

Hasil kajian menjelaskan bahawa 1 gelas gula biasa bersamaan dengan 1 sudu ekstrak stevia dan 10gm ekstrak stevia boleh memaniskan kira-kira 400-750 gelas air (mengikut gred).Para saintis merumuskan stevia yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan gula dalam badan. Memandangkan stevia tidak menghasilkan glukos maka ekstrak ini mempunyai potensi untuk menjadi agen anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes.

Pengkaji di Brazil pula mengatakan bahawa sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan secawan teh kelat. Pengambilan stevia yang konsisten dan kerap dalam menggantikan gula tidak memudaratkan memandangkan sifat daun stevia yang Sifar segalanya. Kajian juga menunjukkan bahawa stevia mampu melambatkan penurunan tindakbalas vitamin-vitamin penting dalam badan.

Pemanis semulajadi, 300 kali ganda lebih manis dari gula tebu
Mengawal paras gula dalam darah
Mengawal tekanan darah dan berat badan
Memgurangkan Hiperlipidemia
Menyingkirkan toksin badan
Karbohidrat
Kolestrol
Kalori
Glukos
Lemak

boleh mendapatkan produk ini daripada saya dengan menghubungi saya 013-6697491.
bantu rakan niaga produk usahawan muslim.

Saturday, February 5, 2011

GURAH


Definisi tentang gurah yang penulis dapatkan sangatlah minimum,di sini akan penulis nukilan pendapat  Abah M.A. Shonhaji tentang gurah. Menurut pendapatnya,” Gurah adalah membersihkan dan mengeluarkan lendir yang kotor, beracun dan terinfeksi berbagai kuman penyakit. Caranya dengan menitiskan ramuan khusus ke dalam lubang hidung.”

Khasiat ramuan tadi membuat semua saraf tubuh bereaksi menekan, mendorong dan mengeluarkan lendir kotor yang terinfeksi penyakit, mengandung racun dan kotoran. Lendir akan keluar melalui rongga hidung dan mulut. Sehingga seluruh saluran pernafasan, pencernaan dan peredaran darah akan bersih dan lancar.

Sebenarnya definisi di atas menurut hikmat saya lebih cocok untuk gurah titis / cor, ini terkait dengan metode yang diterapkan dalam penggurahan, iaitu memasukkan ramuan khusus ke dalam hidung dan tempat keluarnya kotoran iaitu rongga hidung dan mulut. Akan tetapi kerana minimumnya referensi yang saya dapatkan, maka definisi tersebut, saya anggap layak sebagai acuan pendefinisian gurah secara umum.

Dengan definisi di atas, maka dapat diambil kesimpulan bahawa gurah secara umum adalah upaya membersihkan dan mengeluarkan lendir yang kotor, beracun dan terinfeksi berbagai kuman penyakit dari dalam tubuh. Adapun keluarnya kotoran, baik yang berupa lendir / mucus maupun lainnya, tergantung dari jenis gurahnya.

 Terapi pengubatan gurah sangat dikenal sejak zaman Rasulullah saw.

Sebagai tradisi turun menurun, pengubatan Gurah ini sudah dikenal sejak zaman Rasulullah saw, lebih dari 1500 tahun yang lalu, bahkan mungkin lebih lama dari itu. Hal ini terbukti sebagai mana disebutkan Imam Abu Daud dalam sunannya bahawa Rasulullah saw. pernah menganjurkan para sahabat serta umatnya untuk melakukan gurah guna mengubati penyakitnya. Ini menunjukan bahawa terapi gurah terbukti mujarab dan berkhasiat.

Dalam pembahasan manfaat dari terapi gurah yang tersebut di atas, sumber lain menyebabkan bahawa gurah juga dapat melarutkan lendir yang menggangu saluran  pernafasan, baik  yang timbul kerana lendir yang lunak, maupun keras, kental dan berminyak. Demikian halnya dengan jemur serta kerak kotoran yang menempel pada lapisan selaput paru-paru bahagian luar dan dalam.
 
Fungsi yang lain adalah melarutkan lemak lunak yang mengganggu sistem kerja ginjal, jantung, paru-paru, dan organ tubuh yang lain. Dan membersihkan kotoran pada kandung kencing sekaligus menghancurkan batu ginjal. Dengan gurah, insya Allah penyakit seperti polip atau bengkak hidung kerana polusi dapat dismbuhkan. Bahkan tekanan darah pun menjadi normal.
 
 
 
Sedikit minyak herba khas dimasukan kedalam telinga (Gurah telinga) untuk menentukan tahap resdung yang dihidapi.
 
 
Penerangan berkenaan gurah dari En Muaz al-fateh

 Kesan daripada gurah dapat mengeluarkan lendir dalam saluran penafasan.

Urutan di point resdung bagi membantu mengeluarkan lendir .
.
 Bantuan memicit hidung untuk mengeluarkan lendir yang cair.

 Kekotoran dalam bentuk mukos yang menyekat sistem penafasan berfungsi.

 Memasukan sedikit herba dan minyak terpilih untuk melegakan sistem penafasan yang tersekat.

 Urutan bagi membantu lendir yang sukar di keluarkan.

 Urutan mata dengan alat urutan bagi melegakan sekitar mata selepas habis terapi dan rawatan gurah.

 Perawat wanita membantu pesakit wanita dalam terapi gurah resdung.

 Herba tertentu dimasukan kedalam hidung untuk mempercepatkan tindak-balas dengan kuman/virus resdung.

 
Ururatan di pipi bagi membantu mengeluarkan lendei yang menyumbat sistem penafasan.