Friday, July 1, 2011

KESEMBUHAN BUKAN MILIK KITA.

Belatung ini sebenarnya terjadi dari larva dijadikan oleh Allah memakan pembusukan yang ada dalam daging. Perawatan cara ini telah diamalkan dikebanyakan Pusat Perubatan.
Perawatan Hirudo ini pada pemahaman ialah memberi cairan (hirudin) kepada kesumbatan untuk kekurangan cecair kemudian disedut keluar bagi membantu pembenaan jaringan baru. Seterusnya meningkatan imuniti dengan bantuan pemakanan nutrisi (pemakanan tambahan) lalu badan terus bertindakbalas tanpa halangan akhirnya berlaku kesembuhan dengan izin dari Allah.
Telah dijadikan hirudo ini oleh yang maha kuasa berinteraksi dengan mengeluarkan pembusukan dan sebagai aktiviti utama sebagai amanah haiwan in kepada pencipta. (Syifaaulinnass) Kebaikan untuk manusia.
Mengeluarkan pembekuan darah juga tugasnya, maha suci Allah. Tak mampu untuk dikerjakan manusia yang hanya menyelesaikan dengan jalan singkat (potong kaki) akhirnya masalah selesai dari satu pihak sedangkan pesakit ditinggalkan dengan seribu permasalahan. Inilah kerja lintah yang dipandang geli oleh setengah masyarakat akhirnya terbukti dengan testimoni ini.
Rawatan diteruskan dengan terapi lintah di point paru-paru dan jantung pada 3hb.April.2011
Terapian di point jantung, paru=paru dan hati di Rumah rehat Iqra Bandung pada 16hb. Mei.2011
Bergambar bersama Ustaz Radzi, Herbalis Sobri dan Pengetua Pesentren Babussalam di Dago Atas Bandung Hj Muktar Adam 15hb.Mei. 2011
Berkesempatan mendaki untuk ke Pusat peranginan Kawah Putih di Bandung pada 14hb.Mei.2011 bersama Team Herbalis Malaysia.
Pernah di terapi dengan Apiscerana (Lebah keran) pada Januari 2011 (5 senggatan)
Dengan kesabaran dan kecekalan dihati dengan melalui liku-liku cobaan yang besar disamping ikhtiar rawatan dan pemakanan dan pemantanggan yang istiqomah disamping harapan yang tinggi dan doa-doa serta sujud ikhlas pada ilahi maka pada 18hb.jun.2011 inilah hasilnya. Kesembuhan tanpa terapian ubat kimia, Inilah method perawatan Klasik Ibnu Sina yang tertulis dalam Qonun Fi Tibb.(Aviecina)
gambar pandangan jauh.

gambar seluruh kaki walaupun belum sembuh keseluruhannya tapi tapak kesumbatan dan pembusukan telah tumbuh kembali daging dengan pembenaan jaringan baru tanpa pembusukkan lagi.

Wajah kesyukuran dan keriangan tampak pada kesabaran Herbalis Onn Bin Ibrahim. Maha suci Allah Biisnillah.
Nukilan 1hb.Julai. 2011 ini merujuk kepada setiap kejadian itu milik yang maha kuasa. 4hb.April.2011 telah diizinkan sahabat yang menderita kebusukan kaki akibat dari pertembungan masalah ginjal (Asid urid) dan Diebetes (Pankereas). Kesumbatan yang berlaku hasil dari aktiviti dan perubahan yang dilalui maka berlakulah kejadian yang telah ditentukan. Semoga dengan testimoni ini ramai lagi rakan-rakan yang terus menerapi dengan apa cara sekalipun asalkan tidak melanggar syariah dan tabie. Kesembuhan milik Allah kita hanya meletak-letakan sahaja apa yang Allah telah ada dan sediakan. Semoga kita mejadi orang yang insaf dengan musibah yang ditimpakan. Kafarah juga kepadanya kita diampunkan. mudah-mudah mendapat mardotillah. amin ya robalalamin.

No comments:

Post a Comment