Beberapa ekor lintah telah menghisap darah yang bertoksid. Waktu mula terapian jam 3.00 pm. Beberapa ekor lintah terus menjalankan tugas dengan menghisap darah di point yang ditentukan. Saya mencadangkan tempat kritikal (Buku lalai kiri), dimana pesakit telah mendapat rawatan klinik dengan dressing pagi hari kerana ada ulat-ulat sedang memakan daging yang sedang membusuk.
Setelah persetujuan diambil saya membuka salutan bandes dan kapas jaring yang menutup kawasan tersebut. Alangkah terperanjatnya kami dimana lokasi yang dibuka tadi penuh dengan ulat-ulat yang sedang enak menghisap daging dan darah yang sedang membusuk. saya membersihkan dulu dengan membuang ulat-ulat dan terus terapi hirudo ke kawasan sasaran. Hampir 20 ekor dikawasan kritikal ini (buku lali kiri kaki).
Lintah telah memasukkan cecair dari mulutnya (hirudin) yang bertendak sebagai pencair darah dan baik untuk orang yang gagal ginjal. akhirnya segala bekuan darah dapat dicairkan dan darah yang bertoksid dan berasid keluar. Lintah yang kenyang akan gugur dengan sendirinya.
Untuk langkah seterusnya kami telah menambahi lintah untuk tugas yang serupa. setiap masa kami berdoa dan diberikan semangat untuk terus mempertabatkan perawatan cara alami ini dengan disenergykan dengan sebutan, kalimah ilahiah. Kami faham bahawa tidak diturunkan oleh Allah sesuatu penyakit itu tanpa di turunkan juga penawarnya. Kami berharap ini lah diantara penawar yang diharapkan bertepatan dengan petikan diatas.
Dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang". Maka Kamipun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami lenyapkan penyakit yang ada padanya dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya, dan Kami lipat gandakan bilangan mereka, sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Allah. (QS. Al Anbiyaa', 21:83-84)
Yang perlu amat dijaga dan rasa syukur perawat dan pesakit dapat mendirikn solat tepat pada waktunya. Pesakit solat hanya perlu tayammun sahaja kerana kaki sedang diterapi. Bersolatlah kamu apabila masuknya waktu. Harapan kami pada ketika itu dimudahkan cara untuk mengerjakan solat. diantara doa yang mustajab ialah doa orang yang sakit pada robnya.
Pengalaman lalu lama di hospital telah mengajar saya bagaimana untuk mengimbangkan stress, bagaimana untuk melihat suasana stress yang terlalu tinggi di hospital dengan melihat seluruh urat biru di kelima-lima jari. Malamnya yang tidak lena, dan dressing 2 x sehari dengan sakit yang tidak dapat digambarkan. akhirnya Allah telah menghantar utusannya melalui kawan-kawan sama herbalis yang mengingatkan bagaimana hendak mendapatkan ubat bius alami semasa dressing, nak dapat terus yang “deep sleeping”.
Selain daripada itu dapat juga mengetahui cara dressing dan ilmunya sekali. Pengalaman yang berharga inilah yang diterapkan kepada pesakit yang dirawat. Satu lagi terapian yang amat tinggi penyembuhannya ialah terapi Al-Quran dengan membaca Al-Quran semasa sakit dapat menyembuhan kesakitan, penghapus dosa (kifarah), tambah dengan kesabaran.
OK kita teruskan dengan Hirudoterapi. Akhirnya keluar bekuan darah yang diterapi oleh air liur lintah (hirudin) Walaupun kami tidak ada alat yang lengkap untuk menyelesaikan terapian ini sebaik mungkin, tetapi dengan pengalaman yang ada kami berjaya menyelesaikan terapian ini selama 7 jam dengan bantuan 101 ekor lintah.
Ya Allah ampunkan dosa kami sebagai perawat yang kerdil ini, kami hanya membuat satu pekerjaan untuk mengharap keampunan mu ya Allah. Apa yang kami hadapi ini adalah sedikit sahaja signal darimu Ya Allah. Azabmu dihari selepas kematian kami Ya Allah amat dasyat kepada orang yang tidak mendapat kerahmatan mu. Masukkan nama kami ini dalam nama orang yang mendapat kerahmatan mu dihari yang maha dasyat itu Ya Allah. Harapan kami sembuhkan lah penyakit hambahmu yaAllah. Kepada peneliti,teman yang melihat blog saya ini sama-samalah kita berharap kepada Allah agar pesakit ini disembuhkan.
Apabila ada segolongan mereka yang berdoa dan mengadu kepada mu Ya Robbi. maka tiada yang dapat disangkal bahawa zatmu yang maha tunggal akan memperkenankan harapan kami ini. Amin Yarobalalamin. Nukilan pada 4hb.April.2011 (Isnin). Sekiranya ada komen untuk menambah baikan rawatan untuk pembaikan harap dapat komen diruangan diskusi ini atau hubungi saya 013-6697491 untuk sama-sama kongsi,ajar mengajar, tunjuk menunjuk untuk kebaikan pesakit. Kami hanya cuba membantu, hanya zat Allah yang maha suci dan berkuasa mengetahui rahsia-rahsianya. walallahuaklam.
Subhannallah, Semoga pasien itu bisa segera sembuh tanpa harus di amputasi kakinya.
ReplyDelete