Tuesday, November 30, 2010

MOTIVASI DARI PEMBACA HERBALIS JAWI BUAT HERBALIS Sunday, April 18, 2010


Alhamdulillah, semoga usaha yg dilakukan oleh pengkaji-pengkaji herba di tanah air kita spt Herbalis Jawi diberkati Allah. Inilah sebagaimana yg disarankan oleh Ulama Besar nusantara yg mahir dlm pelbagai ilmu, setaraf dgn para ulama antarabangsa di masa beliau, iaitu guru bagi Tuk Kenali yg bernama Syeikh Wan Ahmad B. Wan Mohd Zain AlFathani. Beliau bergelar ‘Asadul Makkah’ (Singa Mekah) kerana kealimannya. Kitab-kitab karangan beliau dlm pelbagai ilmu versi Melayu dan Arab. Begitu mahir dlm ilmu tatabahasa Arab, Feqah dll sehinggakan beliau mengarang syair-syair Arab dlm ilmu Nahu (tatabahasa Arab) dan sebagainya.

Syeikh Wan Ahmad B. Wan Mohd Zain pernah bercita-cita dan berdoa supaya Allah memberi hidayat kpd seseorang daripada kalangan anak bangsa untuk menerokai kazanah herba di bumi kita yg tercinta, seperti yang disebut dlm kitab karangan beliau tentang Ilmu Tibb (perubatan) dan ubat-ubatan herba yg berjudul ‘Tayyibul Ihsan Fi Tibbil Insan’ m/s 4, berbunyi:

“ Dan Kami telah harap (menaruh harapan) bhw Allah membuka hati seseorang yg mempunyai hemmah (semangat) yg tinggi, maka dia bersungguh-sungguh mencuba (mengkaji) beberapa pohon kayu, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain yang terdapat di bumi Melayu. Dan dia memeriksa (membuat penyelidikan) pada demikian itu (pohon kayu, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain yg terdapat di bumi Melayu), maka dia menyurat (buat catitan) beberapa faedah, khasiat, pangkat (status) tabiatnya dan kaifiat (cara) penggunaannya spt yg dilakukan demikian itu oleh Hukama (para cerdikpandai) Yunani….” (nukilan secara sedikit ubahan kpd Bahasa Malaysia Moden).

Keberkesanan tumbuhan hijau Negara kita memang telah terbukti sebagaimana yang saya sendiri pernah melihatnya situasi yg berlaku kpd bapa saya di mana setiap kali apabila membuang air besar, keluar darah bersama najis. Sehinggakan kakak saya seorang doktor telah habis ikhtiar dgn ubatan2 moden dan mengesyorkan supaya diambil sedikit daging di bahagian tempat keluar najis untuk dibuat kajian. Kami tidak bersetuju tindakan sedemikian, hinggalah di beritahu bahawa untuk menghilangkan penyakit ini ialah dgn air tanah liat yg diheningkan semalaman serta dicampur dgn ‘Rumput Pahit’ (istilah orang kelantan) yg tumbuh dipadang (campuran yang menyebabkan air tanah liat itu menjadi hijau,dibuat minum). Ianya sangat mujarrab sehinggakan adik saya mengalami penyakit sebegitu yg lebih teruk drp apa yg dialami oleh bapa kami, bahkan kakak saya yang merupakan doktor perubatan itu juga yang mengalaminya, disembuhkan dgn herba campuran tersebut.


Kerana itulah, Syeikh Wan Ahmad B. Wan Mohd Zin Al-Fathani menyarankan supaya tumbuhan-tumbuhan di bumi Negara kita dibuat penyelidikan. Inilah keberkatan doa drp Ulama Besar lagi Waliyullah yg dapat kita lihat pada hari ini bahawa anak bangsa kita telah bersungguh-sungguh membuat kajian. Alhamdulillah…

Berhati-hati pada ubat-ubatan bahan kimia yg mempunyai kesan sampingan yang ketara, yang mengandungi bahan khinzir dan sebagainya dan begitu juga makanan2 yang akan masuk ke dlm tubuh kita, kerana Nabi SAW pernah bersabda, mafhumnya: “Setiap daging yg tumbuh/terjadi daripada perkara haram, maka neraka-lah tempat yg utama untuknya.”
sekadar coretan…wslm

Komentar Dari Herbalis Jawi,
Nah! para herbalis bukti yang jelas lagi bersuluh,usaha-usaha anda bukanlah sia-sia,bukan juga kecil,malah bukan juga picisan tetapi kalianlah insan terpilih untuk mengisi kekosongan 'Jawatan' yang ditawarkan oleh ALLAH. Terharu membaca petikan dari ulama besar kita yang awal lagi telah mendoakan perjuangan kita ini.

Bersama-sama kita berdoa semoga Syarikat kita terus berkembang pesat ke arah memartabatkan Thibbun Nabawi dan ALLAH merahmati semua pemimpin dan ulama yang kita sanjung untuk terus memimpin jalan dakwah ini.Amin.
Posted by HERBALIS JAWI at 5:47 PM 3 comments http://img2.blogblog.com/img/icon18_edit_allbkg.gif

No comments:

Post a Comment