INSYAALLAH AKAN DIADAKAN SAPERTI BUTIRAN BERIKUT:-
1. TARIKH : 8HB.APRIL.2012
2. HARI : AHAD
3.MASA : 9.00 PAGI - 5.00 PETANG
4.TEMPAT : LOT 1841-F, KAMPUNG PAYA
JALAN BESAR BERANANG
43700 BERANANAG
SELANGOR. (BERHAMPIRAN BALAI POLIS BERANANAG - 200 METER)
5. ANJURAN: TEAM HERBALIS USTA RADZI
6. YURAN : NOTA, TEORI DAN PRAKTIKAL, MAKAN-MINUM DAN SIJIL RM 130.00
7. PERALATAN YANG BELUM ADA:
- CUP BEKAM 12 ITEM, LANSET GOLD, JARUM 30 BILAH, MINYAK BUT-BUT, SARUNG TANGAN DAN MASK 5 PASANG . RM 170.00.
- CUP BEKAM 12 ITEM, HANDLE PISAU BEDAH, 10 PISAU BEDAH, MINYAK BUT-BUT, SARUNG TANGAN DAN MASK 5 PASANG RM 125.00
PESERTA YANG BERMINAT JUGA DI WAJIBKAN MEMBAWA SEBIJI BETIK MUDA UNTUK PRAKTIKAL.
BERMINAT SILA HUBUNNGI SAYA DI TALIAN: 013-6697491, 013-3697491 ATAU 03-87660194
KURSUS KE DUA.
TARIKH 22HB. APRIL.2012
TEMPAT : DI UIAM, GOMBAK
MASA : 9.00 AM - 5.00 PM
ANJURAN : PELAJAR ISLAM UIAM
BAGI MEREKA YANG SUDAH ADA PERALATAN ATAU INGIN MENDALAMI DAN MENAMBAH ILMU BEKAM MELALUI PERKONGSIAN ILMU YURAN BELAJAR SAHAJA DI KENAKAN.
Thursday, April 5, 2012
Friday, March 2, 2012
Ayat-ayat “Munjiyat”
Selain manzil risalah ini mengandungi ayat-ayat “Munjiyat” yang diperolehi pengalaman Ibnu Sirrin rahimahullah, untuk melepaskan diri dari kesusahan dan ayat-ayat penyembuh serta rawatan dari pengalaman Iman Abu Qasim Qusairi.
Tujuh ayat Al-Quran yang dinamakan sebagai Munjiyat telah dibuktikan dari pengalaman ibnu Sirrin r.a sebagai ayat-ayat penyelamat dari berbagai kesusahan.
Surah At-Taubah ayat 51
قُلْ لَنْ يُصِيبَنَا إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَنَا هُوَ مَوْلَنَا وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلْ
الْمُؤْمِنُونَ (51)
Katakanlah: Tidak sekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman bertawakal.
Surah Yunus ayat 107
(107)وَانْ يَمْسَسْكَ اللَّهُ بِضُرٍّ فَلَا كَاشِفَ لَهُ الَّا هُوَ وَانْ يُرِدْكَ بِخَيْرٍ فَلَا رَادَّ لِفَضْلِهِ يُصِيبُ بِهِ مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَهُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurnia-Nya. Allah melimpahkan kurnia-Nya itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya, dan Dialah yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Surah Hud ayat 6
(6)وَمَا مِنْ دَابَّةٍ فِي الارضِ الا عَلى اللهِ رزْقُهَا وَيَعْلمُ مُسْتَقَرهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُل فِي كتب مُبِينٍ
Dan tiadalah dari makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab yang nyata.
Surah Hud ayat 56
(56) إِنِّي تَوَكَّلْتُ عَلَى اللّهِ رَبِّي وَرَبِّكُم مَّا مِن دَآبَّةٍ إِلاَّ هُوَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا إِنَّ رَبِّيعَلَى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ
Kerana sesungguhnya aku bertawakal kepada Allah, Tuhanku dan Tuhanmu! Tiadalah suatu dari makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Dia yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.
Surah Al-Ankabut 60
(60)وَكَأَيِّن مِن دَابَّةٍ لَا تَحْمِلُ رِزْقَهَا اللَّهُ يَرْزُقُهَا وَإِيَّاكُمْ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada Kamu; dan Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Surah Al-fathir ayat 2
(2)مَا يَفْتَحِ اللَّهُ لِلنَّاسِ مِن رَّحْمَةٍ فَلَا مُمْسِكَ لَهَا وَمَا يُمْسِكْ فَلَا مُرْسِلَ لَهُ مِن بَعْدِهِ
وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Apa jua rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatu pun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatu pun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan ingatlah, Dialah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Surah Az-Zumar ayat 38
Surah Az-Zumar ayat 38
Dan sesungguhnya! jika engkau bertanya kepada mereka: Siapakah yang mencipta langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab: Allah. Katakanlah: Bagaimana fikiran kamu tentang apa yang kamu sembah selain Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan aku sesuatu bahaya, dapatkah mereka menghapuskan bahaya-Nya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatnya itu? Katakanlah: Cukuplah Allah bagiku; kepada-Nyalah hendaknya berserah orang yang mahu berserah diri.
Friday, February 24, 2012
Aroma gaharu kurangkan stres.
Dikenali juga dengan nama tengkaras (Melayu), agarwood, aloeswood, eaglewood (Inggeris), oud (Arab),chen-xiang (China), dan jinkoh (Jepun), spesies Aquilaria Malaccensis adalah spesies penghasil resin yang banyak terbaik. Spesies ini mempunyai taburan semula jadi di India, Myanmar, Malaysia, Indonesia, dan Filipina.
Pokok gaharu boleh mencapai ketinggian sehingga 20 meter. Kulit pokok gaharu licin dan warnanya hampir putih. Daunnya jenis ringkas dan terletak dalam susunan berselang¬seli. Daunnya berbentuk memanjang atau mata lembing. Bunga gaharu terletak dalam jambak di hujung atau ruas ranting dan ketiak daun.
Bunganya berwarna sama ada warna hijau atau kuning. Buah pokok gaharu berbentuk hampir bulat bebola atau memanjang. Pokok gaharu hidup di kawasan tanah pamah sehingga ketinggian 750m dari aras laut dan memerlukan taburan hujan dan kelembapan yang tinggi.
Seluruh bahagian gaharu dikatakan mengandungi agarafuranoid dan ses kuiterpenoid jenis eudesman, eremofilan, valenkan dan vetispiran. Asap gaharu (dibakar) juga mengandugi kumpulan kimia yang sama.
Kayu gaharu pula mengandungi bahan agarospiral, dan jinkoholeremol yang menghasilkan aroma gaharu untuk kegunaan minyak wangi. Manakala komponen methoxypenylethyl chrome pula menghasilkan bahan yang harum apabila gaharu dibakar. Resin mempunyai sifat antijangkitan, antiseptik, antibiotik, pestisid, serta dikatakan mampu berfungsi menghentikan pendarahan dan mengatasi sakit.
Gaharu yang bernilai tinggi ialah bahagian kayunya yang tercedera yang telah dijangkiti kulat dan mengandungi banyak resin. Kayu yang baik berwarna putih atau kuning, lembut, ringan dan kurang berbau apabila dibakar. Kayu yang dijangkiti kulat menjadi keras, berat, berketul-ketul, berwarna hitam atau perang kehitam-hitaman dan sangat wangi apabila dibakar. Minyak gaharu diperoleh melalui proses penyulingan untuk penghasilan minyak wangi yang sangat mahal.
Gaharu banyak digunakan dalam industri minyak wangi, produk perubatan, perubatan Ayurvedic, majlis keagamaan dan sebagainya. Gaharu digunakan sebagai bahan kecantikan sejak berabad yang lalu kerana baunya yang eksotik, harum dan mewangi seperti bunga.
Bekalkan antiseptik
Keharumannya dapat digunakan dalam bidang meditasi untuk mengurangkan stres. Minyak yang diekstrak daripada kayu gaharu dikatakan mampu dijadikan sebagai minyak aromaterapi dan mampu memberi ketenangan dan kerehatan minda.
Pengamal perubatan tradisional menggunakan daun pokok gaharu kerana kandungan astringen yang terdapat di dalam daun tersebut. Daun ini dikatakan mampu membantu mengurangkan masalah kulit berminyak dan menghentikan luka berdarah.
Ekstrak daun gaharu juga mampu dijadikan tonik kulit dan ia dikatakan mampu digunakan untuk mengembalikan semula pigmen terhadap masalah leukorderma atau vitiligo iaitu suatu keadaan apabila kawasan-kawasan kulit kehilangan pigmennya dan menjadi putih. Antioksidan dalam daun gaharu dikatakan membekalkan antiseptik yang lembut dan boleh digunakan untuk merawat masalah jangkitan mata, telinga dan luka. Daun yang telah ditumbuk halus dikatakan boleh dibuat ubat pupuk pada tangan dan kaki yang bengkak (busung).
Daun gaharu muda pula dikatakan boleh dijadikan sebagai teh dan diminum untuk mampu merangsang tubuh badan yang lemah jika selalu diminum. Khasiat lainnya adalah daun ini dikatakan mampu membuang toksik dalam badan, mengurangkan kadar tekanan darah tinggi, diabetes, sakit kepala, asma, memperbaiki fungsi buah pinggang, saluran dan peredaran darah dan oksigen serta meredakan ketegangan dan stres akibat tekanan. Selain daripada itu, ia juga dikatakan mampu membantu mengatasi masalah insomnia atau sukar tidur.
Kayu gaharu dikatakan boleh direbus dan kemudiannya diminum untuk merawat cirit dan muntah, demam panas, malaria, lumpuh, reumatisme, sakit perut, melawaskan pembuangan air kecil, dan penawar semasa ibu hamil dan selepas melahirkan anak.
Asap wangi daripada kayu gaharu yang telah dibakar dikatakan boleh dihidu untuk tujuan merawat kanser terutamanya kanser kelenjar tiroid, mengeluarkan angin dalam perut dan usus, melegakan asma, cirit, sakit perut dan juga sebagai afrodisiak.
Walaupun terdapat pelbagai khasiat gaharu, namun begitu penggunaannya perlu mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari. .
Wednesday, February 22, 2012
Lokasi Penusukan jarum akupuntur berdasarkan catatan”Nei Cing”
Dalam Buku “Huang Ti Nai Cing” terungkup mengenai cara penusukan sangatlah banyak, tetapi yang digunakan hanya beberapa saja. Oleh karena itu alangkah baiknya kita mengetahuinya:
A. 9 Penusukan.
1. Penusukan Su, adalah penusukan kombinasi titikYang dari Zang dan titik Shu belakang dari Zang bersangkutan untuk mengobati gangguan organ dalam.
2. Penusukan Jarak jauh, adalah pengubatan dengan mengambil titik jauh dari tubuh. Biasanya digunakan titik He dan hal ini digunakan untuk gangguan organ Fu , perlu diingat bahawa titik He 3 meridian Yang tangan dan 3 meridian Yang Kaki semua berada di kaki, ertinya seluruh titik He organ Fu berada di bawah.
3. Penusukan Meridian, adalah untuk mengubati kemacetan, hambatan atau sumbatan Qi di meridian sehingga pejalannya tidak lancar dan titik Su meridian bersangkutan.
4. Penusukan Luo, adalah menusuk titik Luo yang ada di permukaan kulit dan digunakan untuk gangguan penyakit dalam Luo sehingga Qi Xie akan menjadi lancar dan teratur kembali. Titik yang digunakan adalah titik Luo kecil dengan pembuluh darah penuh pada kulit, di tusuk dan dikeluarkan darah, ini yang dimaksud dengan pengobatan penyakit Luo.
5. Penusukan Antara (Fe Ce), adalah penusukan di antara otot-otot dengan penusukan dalam dan digunakan untuk gangguan didalam otot.
6. Penusukan Da Xie, adalah penusukan untuk mengeluarkan darah dan nanah.
7. Penusukan Bulu (Mao Ce), digunakan untuk mengubati penyakit yang ada dikulit dan terjadi penyumbantan pori-pori akibatnya Qi Xie tidak teratur dan timbul rasa gatal, parethesia dan jarum yang digunakan adalah jarum kulit (Mei Hoa Cen-sevan Star).
8. Penusukan Besar, adalah penusukan pada daerah yang berlawanan dengan tempat yang sakit, ke 14 meredian utama memiliki titik pertemuan yang bererti Qi Xie meridian kiri atau kanan saling berhubungan sehingga bila dilakukan penusukan sebelah kiri atau kanan akan saling mempengaruhi, penusukan ini digunakan untuk gangguan meridian.
9. Penusukan Cui, adalah penusukan dengan terlebih membakar hujung jarum hingga merah kemudian tusukan hingga ke tulang, ini digunakan untuk mengobati sindrom Pi jenis dingin dalam tulang (rheumatic).
A. 12 Penusukan.
1. Penusukan Sejodoh, adalah penusukan di daerah nyeri tekan di tubuh bagian depan dan belakang bersamaan.
2. Penusukan Berulang (Pao ce), adalah penusukan dengan pengulanggan manipulasi (rangsangan) dan lazim digunakan pada sindrom Pi (rheumatic) dengan nyeri yang tidak menentu tempatnya kadang dibawah kadang diatas (bergerak). Caranya: jarum di tusukan dalam-dalam dan tinggal jarum, kemudian lakukan pengurutan atau penekanan pada meridian yang bersangkutan ke atas atau ke bawah mengikuti aliran meridian lalu jarum di cabut dan tusukan kembali secara berulang-ulang.
3. Penusukan Hui (Hui Ce), adalah menusuk dan setelah jarum masuk kemudian tarik mundur tapi tidak sampai tercabut. Kemudian tusuk kembali berulang-ulang . Hui disini bererti besar, Jadi tujuan ini agar di dapat rangsangan besar, jadi tujuan teknik ini agar mendapat rangsangan besar dan cara ini dilakukan untu kes/kasus kejang-kejang otot/krem/simpulbiawak.
4. Penusukan bersama. Adalah penusukan menggunakan 3 jarum yang ditusukan secara bersama/serentak ( satu ditengah dan lainnya kiri dan kanan). Cara ini digunakan untuk sindrom Pi (rheumatic) dengan factor dingin yang melebar.
5. Penusukan penyebar, adalah penusukan satu jarum dan diikuti 4 jarum lainnya mengelilinginya tetapi tusukan tidak terlalu dalam, ini untuk factor dingin yang melebar.
6. Penusukan Jarum Tegak. Dilakukan dengan cara mengkerutkan (mencubit) kulit lalu ditusuk tegak/lurus, hal ini digunakan untuk mengatasi factor dingin yang relativenya dangkal/cetek.
7 Penusukan Shu, adalah penusukan tegak lurus kedalam dengan tingal jarum untuk mendapatkan pelemahan, cara ini digunakan pada sindrom Pi pada tulang.
8. Penusukan pendek, adalah penusukan dengan jangka relative singkat dan cepat. Ini dilakukan dengan sedikit digoyang-goyang dan masukan hingga ke dekat tulang, cabut masukan lagi, cabut-tusuk berulang-ulang , cara ini digunakan pada sindrom Pi pada tulang.
9. Penusukan mengambang (Feu Ce), menusukan jarum arah miring/senget dan setelah sampai ke otot berhenti (tidak terlalu dalam) hal ini dilakukan untuk kes/kasus kejang/kerem/simpol biawak kerana factor dingin.
10. Penusukan Yin, digunakan untuk yin beku atau titik yang diambil titik Tai Xi (Ki.3) kanan kiri cara bersama.
11. Penusukan Pang cen, adalah penusukan yang dilakukan pada meridian dan dan satu pada titik Luo nya untuk pelancaran, pengurangan kelebihan Qi atau melemahkan penyebab penyakit, cara ini sering digunakan pada sindrom Pi pada meridian dengan penyebab penyakit telah lama ada.
12.Penusukan Menembus, adalah penusukan lurus kedalam tapi tidak terlalau dalam lalau cabut kembali dan lakukan secara berulang, ini digunakan untuk mengeluarkan darah dan nanah.
5 Penusukan.
Cara penusukan ini ditujukan khusus pada penusukan kulit, nadi, tendon, otot dan tulang denganlangsung berpengaruh pada penguasa organ tersebut iaitu Paru-paru, Jatung, Limpa, Hati, dan Ginjal .
1.Penusukan setengah, adalah penusukan dangkaldan cabut cepat seperti mencabut bulu di badan, jarum tidak sampai ke otot. Ini untuk merangsang Qi kulit yang yang secara otamatis akan merangsang paru-paru.
2.Penusukan Bercak tutul. merupakan penusukan dengan menggunakan jarum banyak pada daerah kanan-kiri, depan-belakang dan mengenai pembuluh darah sehingga bekasnya akan menimbulkan bercak-bercak merah (darah keluar). Cara ini akan menimbulkan rangsangan pada organ jantung sebagai penguasa pembuluh darah.
3. Penusukan Kuan, merupakan penusukan pada sekitar sendi-sendi alat gerak, untuk merangsang tendon dan mempengaruhi organ hati.
4.Penusukan He Ku (Pertemuan Otot), ertinya menusuk diantara otot-otot dan penusukannya dalam untuk dapat merangsang organ limpa.
5.Penusukan , merupakan penusukan tegak lurus langsung ke dekat tulang pada kes/kasus rheumatic, hal ini akan merangsang organ Ginjal.
MENGAHADAPI KONDISI NEGATIVE SAAT PENUSUKAN:
1. Kolap/Pengsan dengan gejala:
Subjektif :Merasa dingin, kaki tangan terasa dingin, pusing/pening, vertigo, mual/lemas, keluar keringat/peluh dingin.
Objektif :Kelihatan pucat, keluar keringat/peluh dingin , kaki tangan dingin, lemas dan pengsan.
Penyebab :Pesakit/pesien dalam keadaan takut atau tegang.
:Pesakit dalam keadaan kelelahan/kepenatan, tubuh terlampau lemah, terlalu lama menunggu atau menderita penyakit yang sungguh berat.
:Terlampau lapar atau kenyang.
:Baru saja coitus (berhubung sex)
:Baru selesai kerja berat/keras atau berjalan jauh belum istirehat.
:Rangsangan jarum terlalau keras.
Tindakan:
Perawat tetap tenang, cabut semua jarum, pesakit/pasien ditidur/baringkan mendatar dengan kepala lebih rendah dari kaki, pakaian yang dilonggarkan, usahakan aliran udara segar dan jangan dikerumuni, bila sedar beri minuman panas/hangat atau jaher/halia/madu, atau air yang manis.
Pada kes/kasus yang berat tusuk lagi titik, Zusanli (St 36),Shu Gau/Rhe Zhong (Gv 26), He gu (Li 4).
Pencegahan:
· Usahakan penusukan pada posisi berbaring.
· Pada Pesakit dalam kondisi lemah atau takut jarum, janganlah menggunakan jarum yang banyak dan manipulasi jangan terlalu berat.
· Sebelum penusukan pasien harus diberikan penjelasan kemungkinan yang akan dirasakan atau dialaminya.
· Sebelum penusukan pasien hendaknya cukup istirehat dan tidak terlampau lapar atau terlampau kenyang.
2. Jarum patah sehingga pasien merasa lebih nyeri/sakit dan jarum sulit/susah diputar, ini terlihat dari berubahnya kedudukan ganggang jarum.
Penyebabnya:
· Teknik penusukan kurang baik, salah atau secara terpaksa.
· Perubahan posisi pasien setelah penusukan sehingga tertindih atau tertarik urat atau otot sehingga jarum menjadi bengkok.
· Jarum terkena benturan dari luar.
Tindakan:
· Kembalikan pasien pada posisi semula.
· Jarum dicabut perlahan mengikut arah bengkokan , jangan dicabut secara paksa dan tergesa-gesa kerana akan menimbulkan rasa nyeri/sakit serta jarum boleh jadi patah( jenis jarum generasi kuno).
3. Jarum Macet sehingga tidak dapat maju atau mundur, tidak dapat berputar kekiri atau kekanan.
Penyebabnya:
· Jarum terjepit otot yang menegang kerana pasien terkejut, gugup, tegang atau takut.
· Jrum terlilit otot kerana terlalu banyak di putar ke satu arah.
· Jarum terjepit kerana posisi berubah.
Tindakan:
· Tunggu hingga otot mengendur baru cabut.
· Jika tetap macet urut secara aliran meridian pada kanan kiri jarum.
· Perbaiki ke posisi semula jika kerana perubahan posisi.
· Jarum diputar kearah yang berlawanan jika kerana pemutaran yang berlebihan pada satu arah.
4. Jarum Patah
Penyebab:
· Jarum telah berkarat, berlekuk-lekuk, tidak licin dan mulus lagi.
· Tenaga terlalau kuat ketika menusuk.
· Pasien berubag posisi atau pengejangan otot pada jarum.
Tindakan:
· Hadapi dengan tenang dan jangan merubah posisi pasien.
Jika patahan jarum terlihat maka cabut dengan pinset, jika tidak berhasil lakukan pembedahan kecil untuk mengeluarkannya. Bisa juga diberikan tumbukan bawang merah atau putih hingga nantinya ujung patahan akan tersembul disamping mencegah adanya infeksi atau tertanus.
5. Komplikasi bekas tusukan dengan gejala pasien merasa nyeri atau linu yang hebat pada bekas tusukan, terjadi pendarahan, pembengkakan atau mamar atau pendarahan bawah kulit (haematoma).
Penyebab;
· Penusukan yang terlalu kuat, kasar dan secara paksa.
· Penusukan mengenai pembuluh darah.
Tindakan:
Lakukan pengurutan kanan kiri bekas tempat tusukan searah aliran meridian hingga darah berhenti, tekan daerah pendarahan dengan kapas beralkohol 70% hingga darah berhenti.
Semoga perkongsian info ini dapat membantu para terapis akan kaedah-kaedah bagi menghadapi kemungkinan-kemungkinan agar tidak berlakunya fitnah kerana kekurangan ilmu.
Subscribe to:
Posts (Atom)